Aktiviti

Keselarian Peranan Pemuda dan Sirah dalam Pembangunan Islam

0 116

UKM, 8 Ogos 2010 – Satu ceramah bertajuk “ Peranan Belia dalam menyampaikan risalah Islam” telah dijalankan di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia berjaya mengumpulkan hampir 100 belia daripada beberapa universiti dan kolej berhampiran.

Majlis dimulakan dengan pendahuluan daripada Dr Isa Hamzah, pensyarah Fakulti Pendidikan, UKM, dan disusuli dengan ceramah utama program ini yang disampaikan oleh Ustaz Sarip Bin Adul, pensyarah daripada Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sabah. Ceramah Ustaz Sarip Adul yang bertajuk “PERANAN PEMUDA”, menekankan kepentingan pemuda dalam pembangunan Islam. Beliau juga membawa pelajar untuk lebih mendalami sirah perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam menghadapi segala cabaran lebih-lebih lagi di zaman pasca moden ini.

Seterusnya, ceramah ini telah memberikan kesedaran kepada belia untuk memperbaiki diri dan masyarakat lebih-lebih lagi di saat pengaruh- pengaruh barat semakin membelenggu jiwa-jiwa mereka. Oleh itu, menjadi keutamaan bagi pemuda zaman ini untuk diselamatkan dan kembali memurnikan Islam.

Sepertimana saidina Umar al-Khattab pernah berkata,

“Aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi