Berita Utama, Kalam Tarbawi, Uncategorized

Marah? Hebatnya Kamu!

0 103

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: “Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu Baginda bersabda: Jangan engkau marah.” Nabi s.a.w mengulanginya sebanyak tiga kali.

Setiap manusia mempunyai sifat marah. Ini adalah fitrah semula jadi setiap makhluk yang di ciptakan Allah di dunia ini. Begitu juga haiwan. Contohnya, seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

Namun, sifat marah ini sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana untuk mengatasinya. Adakah kita akan bersabar dan seterusnya menahan sifat marah itu atau melepaskan sifat amarah kita itu tidak kena pada tempatnya.

Menurut Imam Al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api bersumber daripada api Allah yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati. Maka tepulang kepada individu itu untuk cepat marah, marah keterlaluan (marah tidak bertempat), marah pertengahan (mampu mengawal marahnya) atau tidak tahu marah.

Sesungguhnya sifat sabar adalah penghalang daripada sifat marah. Walaubagaimanapun, kesabaran setiap individu itu ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sifat sabar dalam diri seseorang itu akan timbullah kemarahan.

Bersesuaian dengan sabda Baginda,

Marah itu daripada syaitan “Apabila kamu marah, maka jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah”

Malahan Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud,

“Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya.” (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Maka, bukan mudah untuk membuang sifat amarah di dalam setiap individu muslim itu sendiri. Tidak dinafikan juga adakala kita boleh mengawal diri kita daripada sifat marah, dan adakala kita tetap terlepas juga, kita hanya insan biasa di sisiNya.

Namun, kita boleh mengatasinya dengan bijak untuk menjadi seorang individu muslim yang hebat dalam mengatasi marahnya. Allah akan menenangkan hamba-hambaNya yang sabar. Apabila kita marah, hendaklah kita mengambil wudhu’, membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan memperbanyakkan zikir untuk mengawal dan mengurangkan sifat marah yang menyala-nyala itu. Hendaklah kita bertanya kepada diri kita adakah layak untuk kita marah kepada seseorang itu dan sesuatu perkara yang berlaku? Dari mana datangnya sifat marah itu?

Untuk mengendalikan sifat marah ini mempunyai kedudukan dan cara tersendiri. Mereka bukan sahaja disukai oleh makhluk di dunia, malah dicintai oleh Allah.

Allah berfirman:“Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Al Imran 133-134)

Jom bersama-sama kita perbaiki diri dan sucikan hati kita! Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang diberikan petunjuk dan sentiasa dalam keredhaanNya.

Wallahualam..

Khairunnisa’ bt Mohd Zailani
Beliawanis PEMBINA Bangi
Kolej Politek Mara

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi