Aktiviti, Beliawanis

Rehlah Tautan Hati Beliawanis UKM

2 154

BANGI, 9 Januari – Beliawanis PEMBINA UKM berjaya menganjurkan sebuah program bercorak santai yang diberi nama Rehlah Tautan Hati. Program ini telah bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengahari bertempat di tasik kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program yang diadakan pada pembukaan semester tahun 2011 ini berobjektifkan pertamanya untuk mencari redha Allah di samping membina ukhuwwah dan bersama mentadabbur alam. Salah satu aktivitinya yang berbentuk explorace, memberi pelbagai pengetahuan dari segi ibadah, sirah, tajwid dan al Quran kepada peserta.

Menurut salah seorang peserta, Noor Hafizaa dari Kolej Aminuddin Baki, aktiviti rehlah ini telah membuka mindanya dalam beberapa perkara yang sebelum ini tidak diketahuinya. Contohnya mengenai ibadah dan cara untuk bertayamum di mana peserta diajar cara untuk bertayamum dengan menggunakan tepung.

Selain aktiviti explorace, pengisian juga diberi kepada peserta sebagai penyuntik semangat untuk membina diri kearah yang lebih baik. Juga percaya dan yakin untuk mencapai sebuah kejayaan di dunia dan akhirat.

Program berakhir pada jam 1 tengahari. Semua peserta mendapat hadiah dan bookmark sebagai tanda ingatan. Program selesai dengan satu harapan buat PEMBINA kepada peserta yang hadir untuk tarbiyyah (berkala) yang seterusnya. InsyaAllah.

Poster program

Related Posts

2 Comments

  1. iman February 13, 2011 at 11:12 pm - 

    salam,

    nak tanya, saya mempunyai beberapa orang kawan perempuan (dahulunya belajar 1 sekolah) yang belajar di sekitar bangi,

    bagaimana cara untuk saya promote aktiviti pembina (beliawanis) kepada mereka?

  2. admin February 14, 2011 at 1:09 pm - 

    Wsalam,
    Iman boleh passkan link web pembina bangi pada kawan2. Bahagian makluman selalunya kami promosi kan program2 pembina di sekitar bangi.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi