Aktiviti, Berita Utama

PEMBINA UPM Meneroka Gua Batu Maloi

0 103

Batu Maloi, 17 Jun – Baru-baru ini Persatuan Belia Islam Nasional UPM (PEMBINA UPM) telah menganjurkan sebuah Kem Syabab Muslimin siri 1 atau ringkasannya Kem SYAMIL 1. Para peserta terdiri daripada mahasiswa UPM dan beberapa jemputan dari IPTA lain. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah bagi memupuk silaturahim sesama peserta di samping melihat keindahan ciptaan Allah.

Antara aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah seperti meneroka Gua Batu Maloi, permainan ta’aruf dan muhasabah diri. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil bagi memudahkan aktiviti berlangsung. Antara tugasan yang diberikan kepada setiap peserta sepanjang program berjalan ialah peserta diminta menghabiskan satu juz bacaan al-Quran. Selain meningkatkan stamina tubuh, peserta juga dapat melatih diri membiasakan membaca al-Quran di mana-mana mereka berada. Dengan itu, peserta perlu bijak mengambil kesempatan mencari waktu lapang untuk bacaannya.

Wan Ayob
PEMBINA UPM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi