Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Isu Semasa

BELIA ISLAM DIGESA BERSATU TOLAK FAHAMAN SYIAH DI MALAYSIA

0 74

 

Melihat perkembangan terkini dalam masyarakat terutamanya warga mahasiswa, PEMBINA merasa terpanggil untuk bersuara menyatakan kebimbangan dan kerisauan berikutan rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku baru-baru ini.

PEMBINA ingin menegaskan kepada semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam Sunni, umatnya adalah umat Islam Sunni. Oleh yang demikian, PEMBINA menyeru semua pihak terutamanya golongan belia dan mahasiswa agar menolak apa-apa sahaja pengaruh dan unsur Syi’ah yang cuba bertapak dan menzahirkan diri di Malaysia, seolah-olah bagi memberikan pandangan kepada umum bahawa Umat Islam di Malaysia menerima Syi’ah sebagai sebahagian daripada mazhab umat Islam di Malaysia.

PEMBINA ingin menegaskan, sebagaimana fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, agar penganut Syi’ah menghormati negara umat Islam Sunni dan tidak menyebarkan fahaman mereka di kalangan belia-belia sunni di negara Islam Sunni sebagaimana umat Islam Sunni tidak menyebarkan Islam Sunni di negara Syi’ah.

PEMBINA melihat, sebarang usaha menjadikan umat Islam Sunni menjadi Syi’ah adalah satu bentuk provokasi yang bakal menimbulkan suasana kacau bilau di negara ini dan bertentangan dengan hak asasi umat Islam Sunni yang menolak fahaman Syi’ah disebarkan di kalangan mereka.

PEMBINA mengajak semua pihak agar menolak arus liberalisasi yang berselindung di sebalik label ‘Hak Asasi Manusia’ dan sedang pelbagai kecelaruan sedang mengasak masyarakat di Malaysia seterusnya meletakkan kewaspadaan yang tinggi terhadap ancaman kepada aqidah Umat Islam Sunni di Malaysia kerana :

1.  Fahaman Syi’ah menuntut penganutnya mengamalkan taqiyah (menyembunyikan kesyi’ahan mereka demi mempengaruhi umat Islam Sunni menjadi Syi’ah).

2. Fahaman Syi’ah berselindung di sebalik mencintai Ahli Bait. Pada hakikatnya, tidak ada perbezaan di kalangan Ahli Sunnah dalam mencintai Ahli Bait, kerana sebagai umat Islam Sunni, kita beriman dengan hadith yang menyatakan keutamaan mencintai Ahli Bait Nabi. Tetapi Syi’ah telah menjadikannya hujah untuk mencela dan mengkafirkan para sahabat Nabi termasuk Abu Bakr, Umar, Uthman termasuk isteri Baginda A’isyah.

3. Fahaman Syi’ah di Malaysia pada hari ini menangguk di air yang keruh dengan berselindung di sebalik seruan hak asasi manusia untuk menuntut hak mereka menyebarkan fahaman Syi’ah di Malaysia. Apa yang lebih mendukacitakan lagi, mereka turut mengambil tempat di dalam arus kebangkitan mahasiswa hari ini untuk menzahirkan fahaman mereka.

4. Fahaman Syi’ah juga berselindung di sebalik kesatuan Sunni dan Syi’ah sedangkan slogan tersebut hanya palsu. Tidak ada satu pun negara yang pada hari ini dikuasai oleh Syi’ah menyebarkan kefahaman kesatuan Sunni-Syi’ah, bahkan setelah Syi’ah menguasai negara Iraq, mereka telah membunuh beribu-ribu umat Islam sunni dengan begitu kejam.

5. Fahaman Syi’ah menyebarkan ajaran nikah mut’ah yang telah difatwakan haram di negara Malaysia dan diiktiraf sebagai nikah batil, yang mana konsepnya tidak jauh beza dengan konsep pelacuran. PEMBINA bimbang dengan menularnya fahaman ini akan meruntuhkan sosial masyarakat seterusnya menambahkan lagi statistik anak tak sah taraf di Malaysia.

Untuk rujukan tambahan, boleh rujuk ke Kertas Laporan Perkembangan Penyebaran Fahaman Syiah Di Selangor dan Perkembangan Fahaman Syiah di Selangor.

 

Ustaz Salman Abdul Rahman

Setiausaha Agung PEMBINA 2012

Sumber: PEMBINA

 

 

 

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi