Berita Utama, Makluman

PERTANDINGAN VIDEO KEAHLIAN DAN PERTANDINGAN POSTER PEMBINA

0 147

Tema: Sertai Kami !

Tarikh: 25 April – 25 Mei 2012

Maklumat lanjut hubungi Nurnaima Zainuddin (aimnjannah@gmail.com)

Pemenang diumumkan pada 5 June 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)

Objektif

  1. Mempromosi keahlian PEMBINA dalam mencapai 34,000 ahli menjelang tahun 2013.
  2. Memupuk dan memperkasakan ilmu-ilmu multimedia di kalangan ahli PEMBINA.
  3. Memberi ruang untuk ahli PEMBINA mengekspresikan idea-idea kreatif dalam berkarya.

 

Pertandingan video keahlian

Objektif: Mengajak mahasiswa/i menjadi ahli PEMBINA.

Syarat penyertaan:

  1. Penyertaan terbuka kepada ahli dan bukan ahli dan setiap cawangan PEMBINA diwajibkan menghantar minimum 1 video.
  2. Video haruslah berdurasi selama 3- 5 minit
  3. Video yang dimuatnaik ke Youtube adalah dalam format.avi.
  4. Setiap hasil karya akan menjadi milik PEMBINA dan pihak PEMBINA berhak untuk mengedit, menggunakan dan menyebarkan hasil karya.
  5. Isi kandungan video haruslah
    • Menggunakan tagline yang standard; “Sertai Kami”
    • Penggunaan logo PEMBINA yang betul.
    • Menerangkan apa itu PEMBINA.
    • Memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh PEMBINA.
    • Menyatakan manfaat menjadi ahli PEMBINA.
    • Mengajak mahasiswa/i menjadi ahli PEMBINA.

6.   Cara pengadilan :

    • Sila upload video anda di Youtube di channel masing-masing pada 26 Mei 2012 jam 9: 00 malam dan Private Message (PM) pautan video di Youtube ke FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia).
    • Tajuk video di Youtube adalah “PEMBINA- Sertai Kami [tajuk video]”.
    • Pengadilan bermula pada 26 Mei 2012 jam 9:01 malam pada dengan cara video tersebut mendapat LIKE terbanyak di Youtube.
    • Like video dilakukan di Youtube bukannya di FB.
    • Like video hanya berlangsung untuk satu minggu sahaja (26 Mei 2012 jam 9:01- 2 Jun 2012 jam 9:00). Like sebelum dan selepas tarikh dan masa ini tidak akan dikira sama sekali.
    • Hanya satu karya dari setiap peserta sahaja yang layak untuk menerima hadiah.
    • Pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)

 

Pertandingan poster

Syarat penyertaan:

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua dan setiap cawangan dikehendaki menghantar minimum 5 poster daripada tema- tema yang dipertandingkan.
  2. Setiap hasil karya akan menjadi milik PEMBINA dan pihak PEMBINA berhak untuk mengedit, menggunakan dan menyebarkan hasil karya.
  3. Kandungan yang wajib ada dalam poster adalah;
    • Tagline “Sertai Kami!”
    • Logo PEMBINA yang standard.

4. Cara penghantaran poster;

    • Poster dalam bentuk format asal (.psd, .ai, .ppt dan lain-lain).
    • Poster dalam format dalam saiz A4 dan resolution adalah 72pxls/inch.
    • Emelkan poster dalam format asal dan format JPEG ke  projekmedia@gmail.com dengan menggunakan subject: poster.
    • Pemenang akan diumumkan pada 5 Jun 2012 di FB rasmi PEMBINA (https://www.facebook.com/PembinaMalaysia)

5.  Tema yang dipertandingkan;

    • PEMBINA: Meneraju Arus Mahasiswa.
    • Ramadan Kareem: Bulan Bina Iman dan Takwa
    • Syawal: Kejayaan sebenar mukmin sejati
    • Erti sebuah kemerdekaan
    • Ucapan sempena konvokesyen mahasiswa/i PEMBINA.
    • Ibrah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s
    • Awal Muharam/ Puasa As syura
    • Ayat al Quran/ hadis- hadis pilihan.
    • Sirah tokoh-tokoh Islam pilihan.

Hadiah

  1. Pemenang utama pertandingan video keahlian memenangi Galaxy Tab 10.1
  2. Pemenang bagi pertandingan poster memenangi hadiah wang tunai bernilai;

Pemenang pertama: RM100; Pemenang kedua: RM80; Pemenang ketiga: RM50

 

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi