Aktiviti, Berita Utama, Uncategorized

‘Wetland Hunt & Race’ Raih Beliawanis Cergas & Cerdas

0 35

Putrajaya, 23 September – Buat julung kalinya PEMBINA UPM sekali lagi berjaya menjalankan aktiviti lasak bertemakan ‘Wetland Hunt & Race”. Lebih daripada 30 orang pelajar yang turut serta terdiri daripada pelbagai kolej seperti kolej 11, 14,16,17, dan KPZ.

Melalui program ini, di samping menghargai nikmat kesihatan tubuh badan daripada aktiviti lasak yang dilalui, pelajar juga dapat melihat kekuasaan Allah, kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Imran ayat 191,

“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”

menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat kelak. Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada Keesaan-Nya, dan sifat kesempurnaan-Nya, hati akan mula hidup dengan mengenali Allah.

Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sedikit penerangan ringkas seawal jam 8 pagi. Seterusnya, peserta diperdengarkan dengan tazkirah berkaitan alam yang di sampaikan oleh saudari Siti Farhana Fathy yang bertajuk “Alam & Penciptanya”. Antara intipati tazkirah tersebut ialah alam merupakan hujah bahawa di sana ada pencipta yang Maha Kuasa. Setiap yang ada di bumi melalui sistem yang sangat tersusun sesuai untuk manusia. Sebagai contoh, melalui penciptaan air hujan yang asalnya daripada laut masin dijadikan tawar agar sesuai buat manusia.

Peserta kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan. Sepanjang Wetland Hunt & Race berlansung, peserta perlu melalui 4 ‘checkpoint’ iaitu Look Out Tower, Kolam Flamingo, Pusat Penghayatan Alam dan Swan Lake. Di setiap ‘check point’ tersebut, setiap peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan seperti soal jawab berkaitan dengam sirah Rasulullah s.a.w, hadis nabi, mengkaji surah yang menceritakan tentang binatang dalam Al-Quran dan pelbagai lagi.

Antara manfaat yang diperolehi oleh para peserta sepanjang aktiviti ini berlangsung ialah mereka dapat mewujudkan nilai-nilai team-building, kepimpinan, menguji minda malahan dapat mempelajari Al-Quran secara tidak langsung. Tambahan pula, sepanjang aktiviti berlangsung peserta dapat mengenal antara satu sama lain dengan lebih akrab dan mewujudkan kesatuan hati dan kebersamaan kumpulan sesama mereka.

Usai aktiviti, saudari Syafinaz Zainol memberikan sedikit ucapan penerangan ringkas mengenai aktiviti PEMBINA UPM sepanjang sesi 2012/2013 ini seperti I-CIRCLE, MABIT, camping dan banyak lagi. Aktiviti ini berakhir pada pukul 1 tengahari dan peserta dihidangkan dengan sedikit makanan dan membawa pulang sedikit cenderamata dari PEMBINA UPM.

Syafiah bt Mohammad
Media PEMBINA UPM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi