Aktiviti, Uncategorized

Broga, nikmat alam diterokai

0 107

Buki Broga, Semenyih – “Sesungguhnya di dalam penciptaan alam, terdapat tanda-tanda orang berakal,” (surah Ali Imran; ayat 190).

Bertemakan ayat al-Quran itu, satu program riadah ke bukit Broga berlangsung pada Sabtu, 6 Oktober lalu.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan mental ahli Pembina di UPM. Selain itu, ia bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli dan menambah kenalan Pembina dari pelbagai kolej kediaman di UPM.

Program bermula dengan para peserta, berjumlah 30 orang, bertolak dari UPM pada jam 5.30 petang ke bukit Broga, Semenyih. Pendakian bermula pada awal 6.20 petang dan berakhir pada 8.30 malam.

Program bermula dengan sesi penerangan kepada peserta sebagai persediaan perjalanan. Sesi memanas badan diketuai oleh saudara Khir Azril bin Badrishah selaku pengarah untuk program pendakian ini. Sesi pemanasan penting bagi mengelakkan berlaku kekejangan otot sewaktu mendaki.

Setibanya di puncak, para peserta mengambil tempat bagi merehatkan badan serta membuat persiapan untuk bersolat Maghrib. Kemudiannya, mereka diberi penerangan ringkas mengenai penentuan arah kiblat dan cara mengambil wuduk apabila jumlah air sedikit.

Pengisian ringkas oleh Presiden Pembina UPM, saudara Syafiq Syahmi Sazali mengenai kepentingan riadah dan kekuatan fizikal kepada peserta sebelum menunggu masuk waktu Isya’. Program riadah diakhiri dengan sesi fotografi di kaki Bukit Broga.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi