Aktiviti, Berita Utama, Uncategorized

Kolokium Sejarah Perjuangan Bangsa dan Dakwah Islam gegar UPM

0 25

UPM, 5 Oktober 2012 – ‘Kolokium Sejarah Perjuangan Bangsa dan Dakwah Islam di Nusantara’ telah berlangsung di Dewan Sri Kenyalang, bertujuan membincangkan dan mengangkat kembali nilai bangsa Melayu yang tidak asing dengan agama Islam suatu masa dahulu. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi kefahaman pada mahasiswa yang hadir akan kepentingan bangsa dan dakwah Islam khususnya di kalangan belia dewasa ini.

Puan Rosna Abdul Rahman, pengetua kolej Kedua, hadir sebagai tetamu kehormat serta lebih 250 mahasiswa daripada pelbagai kolej turut menghadiri kolokium ini.

Forum ini dipengerusikan oleh saudara Abdul Gafar Mahdi, pelajar tahun akhir Sains Pertanian. Ahli panel terdiri daripada Dr Daud Awang, pensyarah dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Ustaz Nurzamri bin Ibrahim, naib yang dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kangar, Perlis dan saudara Rusman Arief, ketua Pembina cawangan Bangi.

“Sebagai seorang mahasiwa, kita perlu mengetahui sejarah bangsa kita. Ini penting agar kita boleh menjadikan sejarah sebagai pengajaran buat kita dan agar kita tidak mengulangi kesilapan orang terdahulu,” ujar Syafiq Syahmi Sazali, merangkap pengarah program serta presiden PEMBINA UPM.

Tambah beliau lagi, “Dengan mengetahui sejarah bangsa kita sendiri, kita tidak akan mudah tertipu dengan tipu daya oleh musuh-musuh Islam, khususnya.”

Kolokium ini disempurnakan dengan penyampaian hadiah oleh Puan Rosna kepada ahli-ahli panel.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi