Berita Utama, Bicara Pimpinan, Uncategorized

Salam Maal Hijrah 1434H

0 66

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi syukur kita lafazkan atas nikmat Allah swt yang memberi kita peluang bertemu dengan tahun baru 1434 Hijriah, membawa kita untuk menginsafi akan betapa signifikannya peristiwa Hijrah sehingga dijadikan sebagai permulaan kalendar Islam oleh Saidina Umar al Khattab r.a. Hijrah secara umumnya bermaksud perpindahan. Namun, Hijrah dalam konteks kehidupan kita pada hari ini membawa erti yang lebih luas lagi, merangkumi perubahan dalaman atau peribadi setiap insan serta anjakan paradigma atau cara fikir dalam menilai kehidupan.

Realiti hari ini yang mencabar dengan hadirnya anasir-anasir yang mengelirukan adalah lebih hebat daripada serangan pemikiran oleh golongan kafir terdahulu terhadap Islam. Mutakhir ini, memerlukan kita untuk lebih kritis dalam menilai apa sahaja aliran pemikiran yang muncul di kalangan umat Islam. Liberalisma dan pluralisma agama serta pertembungan pemikiran yang menghasilkan idea Islam Moderat adalah antara aliran pemikiran yang telah mula menular di kalangan golongan terpelajar hasil daripada cara fikir yang liberal tanpa sandaran yang kukuh daripada al-Quran dan al-Sunnah serta pendapat golongan alim ulama’.

Sebagai mahasiswa, sekiranya kita tidak cakna dengan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita, kita dengan mudah membuat tanggapan yang tidak tepat malah, lebih bahaya lagi apabila mahasiswa sendiri beranggapan kita tidak berperanan terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sedangkan kita, mahasiswa serta belia pada hari ini adalah sasaran penyebar aliran pemikiran sebegini.

Sempena bermulanya tahun baru 1434 Hijriah ini, marilah kita berazam untuk menjadi seorang mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah, malah cakna akan isu-isu terkini yang muncul dikalangan umat Islam pada hari ini.

Salam Maal Hijrah 1434H daripada PEMBINA Bangi.

Norsyahida Mohammad
Ketua Beliawanis
PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi