Berita Utama, Isu Semasa, Rencana

Kerajaan terdesak meraih undi

0 12

Bangi, 3 Feb 2013 – PEMBINA mengecam tindakan kerajaan yang bertindak menjemput penyanyi dan penari Gangnam Style semata-mata untuk meraih sokongan rakyat Pulau Pinang menjelang PRU 13. Taktik terdesak kerajaan ini hanya membuktikan bahawa kerajaan sudah kehabisan modal untuk memenangi hati belia. Sebaliknya kerajaan terpaksa menggunakan taktik hiburan untuk memikat anak muda menghadiri program anjuran kerajaan bagi menunjukkan bahawa mereka masih mendapat sokongan belia.

PEMBINA menolak sebarang bentuk hiburan melampau yang melalaikan anak muda terutama apabila ia melibatkan pencairan jatidiri belia. Tarian Gangnam style ternyata menerapkan budaya negatif yang bertentangan dengan Islam dan adab ketimuran terutamanya penampilan penari sampingan yang seringkali berpakaian seksi dan tarian yang menjolok mata.
PEMBINA ingin mengingatkan pihak kerajaan supaya tidak mengulangi kesilapan apabila menampilkan kumpulan K-POP semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya. Penampilan tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada pelbagai sehingga pihak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf dan berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang. Jika kumpulan Gangnam Style pula dijemput ke program anjuran kerajaan, ini bermakna kerajaan memungkiri janji dan berlawanan dengan slogan janji di tepati.

Oleh itu, PEMBINA menyeru supaya kerajaan membatalkan penganjuran konsert Gangnam style tersebut. Belia khususnya Melayu Muslim perlu menjauhi daripada menyertai program ini kerana ia mempromosikan budaya hiburan melampau yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah. PEMBINA secara konsisten menentang segala bentuk hedonisma yang melalaikan ummat Islam dan merosakkan masyarakat.

Sumber: PEMBINA Pusat

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi