Berita Utama, Kalam Tarbawi, Karya

Jom jadi poyo!

0 152

Mungkin sukar untuk berjumpa dengan orang yang tidak pernah menggunakan perkataan ‘poyo’ dalam perbualan hariannya. Begitu juga sukarnya mencari orang yang tidak pernah menggelar orang lain poyo ataupun digelar sendiri sebagai poyo.

Jangkaan saya bahawa perkataan poyo ini adalah perkataan pasar yang direka-reka tanpa asal usul sebenarnya meleset. Biarpun tidak diiktiraf dalam Dewan Bahasa sebagai sebahagian dari perbendaharaan Bahasa Melayu, perkataan poyo ini rupanya telah terdaftar di dalam Urban Dictionary dan ‘diiktiraf’ sebagai slanga yang berasal dari bumi Malaysia.

Uniknya ia memberikan definisinya yang dilihat sedikit akademik.

“A Malay slang, used by teenagers and some ‘young’ adults. Offensive, when used intentionally and can lead to quarrels+fights if used for insulting purposes. “

“1. A liar, or faker. 2. Someone lame/pathetic.”

Ada juga yang merujuk poyo sebagai ringkasan daripada istilah inggeris “Proud of Your Own”.

Apa yang pasti, saya yakin hampir setiap dari kita mempunyai definisi sendiri dalam mengklasifikasikan seseorang yang lain sebagai poyo. Yang jelasnya ia adalah konotasi negatif yang selalunya dilemparkan atas sebab perilaku seseorang yang lain.

 

 

Namun sekiranya kita jujur, kita pasti boleh mengingati bagaimana sebenarnya dalam banyak hal, perkataan ini kita gunakan pada tempat yang tidak kena atas kelemahan kita sendiri.

Dalam banyak hal, terutama ketika di sekolah, ramai pelajar yang rajin, selalu kedepan kerana keyakinan diri yang tinggi, suka bertanya, baik dengan guru secara automatic digelar ‘poyo’ dalam kalangan rakan-rakan.

Budaya inilah yang ada kalanya menjadi resam dalam banyak kelompok remaja. Konotasi yang negatif diberikan pada sifat yang kita anggap buruk walaupun sebenarnya ia sebaliknya.

Tanpa kita sedar, istilah yang diberikan sebenarnya hanya untuk menyedapkan diri kita yang rasa bersalah dengan kelemahan diri dan tidak mahu mengiktiraf kelebihan orang lain. Sifat cemburu, buruk sangka dan prejudis kita mengaburi kita dari sempadan ‘poyo’ yang sebenar dan sifat proaktif yang kita sendiri gagal untuk miliki.

Jika hari ini kita sudah meninggalkan alam sekolah, kita mungkin boleh reflek semula berapa ramai rakan-rakan yang ‘poyo’ tadi telah berjaya dalam bidang masing-masing kerana sifat proaktif dan berani mereka. Kita yang ketinggalan ini mungkin masih terkial-kial mendidik sifat ‘poyo’ tadi dalam diri.

Sebagai remaja yang sedang belajar, kita seharusnya bersifat terbuka dan berani meneroka potensi diri. Budaya menghakimi orang lain, melabel dan mem’poyo’kan orang lain seharusnya dianggap sebagai sifat ‘poyo’ yang sebenar.

Dunia hari ini memerlukan remaja yang berani, terbuka, kreatif dan dinamis dalam masa yang sama berwibawa, berakhlak dan berhemah dalam bergaul. Apa pun konotasi yang negatif, biarlah ia digunapakai dengan maksudnya yang sebenar.

 

Sumber: Mukmin Osem

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi