“Isunya sekarang ni ialah, apabila dibenarkan orang Kristian menterjemah kalimah ‘God/Lord’ pada kalimah Allah, ini secara langsung akan memudaratkan umat Islam sekurang-kurangnya dalam 3 perkara.
—
Pertama: Mengelirukan umat Islam terutama y
ang muda belia, atau mereka yang lemah kefahaman agama,
Perkara yang berlaku di Indonesia. bila bukak buku nampak nama Allah, tup tap rupanya buku agama Kristian. Ataupun bila jalan-jalan, nampak bangunan besar2 tulis nama Allah (dalam jawi siap), rupanya itu ialah gereja.
Kedua: Mengembangkan idea pluralism agama yang dahsyat
Telah berlaku di Indonesia juga. Bila dah sama nama tuhan, idea pluralism agama (idea semua agama adalah sama) akan tersebar. Jadi hari ni orang tu boleh masuk Islam, esok Buddha, lusa Kristian, tulat Hindu dsb. Kan semua agama sama..
Ketiga: Membuka ruang pihak Kristian utk meminta lebih banyak lagi perkara yang menggugat akidah Islam.
Tak mustahil lepas dah dapat kalimah Allah, maka nanti mula minta guna masjid utk buat service, atau ubah perlembagaan, atau dilonggarkan syarat utk murtad, dan macam-macam lagi.
—
Ingat waktu di INTEC dulu kita belajar hukum fiqh “Sa’du Zarai’e” (menutup pintu-pintu keburukan). Ini sebenarnya termasuk dalam kategori tu, utk mengelakkan keburukan yang lebih besar dari berlaku. Bermula dengan menghalang kalimah Allah digunakan secara menyeleweng oleh orang Kristian.
Mereka ada banyak lagi pilihan, contoh tukar tuhan pada Jesus/Yesus, tuhan Bapa/Anak, Trinity dan segala yang lain. Kenapa perlu nk kalimah suci ‘Allah?’ Mesti ada agenda tersembunyi tu.. Wallahua’lam”
FADHIL BASERY
Biro Pembangunan Sumber Manusia
PEMBINA UNMC
Related Posts
-
April 16, 2018 -
-
March 5, 2018 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin
-
March 3, 2018 Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!
-
February 27, 2018 KEBIMBANGAN AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH
-
December 28, 2017 Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan
Artikel terbaru
-
March 5, 2018 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin
TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…
-
March 3, 2018 Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!
Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…
-
December 28, 2017 Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan
BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…
Leave a reply