Beliawanis, Karya

Belia, Cinta & Valentine’s Day

0 285

no-to-valentine-631x407

Tanggal 14 Febuari, rata-rata golongan belia Islam membayangkan Valentine’s Day, hari bersuka ria bersama pasangan bukan mahram. Namun, berapa ramai belia Islam hari ini yang menyedari tanggal 14 feb 1492, Kerajaan Islam Sepanyol telah jatuh ke tangan tentera Salib?

Valentine’s Day sudah menjadi saat paling dinantikan oleh belia yang terjebak dengan budaya ‘couple’. Kota raya sesak dibanjiri pasangan anak  muda dengan pergaulan yang bebas dengan alasan untuk mencari ketenangan. Hakikatnya, alasan ini hanyalah hasutan syaitan yang memperdaya diri sendiri. Sedangkan ketenangan yang hakiki itu hadir apabila mendekatkan diri kepada Allah.

“… ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du, 13:28)

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang dimuka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka & mereka tidak lain hanyalah berdusta ( terhadap Allah )…” ( Surah al-An’am, 6:116)

Dalam keghairahan menyambut Valentine’Day, anak-anak muda semakin hanyut dibuai cinta palsu yang didorong nafsu, mereka merasakan diri begitu bahagia bersama pasangan bukan mahram tanpa menghiraukan batas syariat. Lagaknya seolah-olah seperti pasangan yang sudah berkahwin. Akibat asyik bercinta, tanpa disedari diri tewas dengan hasutan syaitan lalu terheret pula ke lembah zina yang hina. Lebih parah lagi, gejala ini menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi yang kian berlambak-lambak di muka akhbar harian. Sungguh menyedihkan melihat keadaan belia hari ini.

Wahai jiwa-jiwa muda, cinta itu tidak salah. Tetapi jika nafsu dijadikan dorongan utama dalam mencari cinta, padahnya membawa diri ke arah zina. Larangan Allah s.w.t dalam al-Quran bukan sekadar “jangan berzina” tetapi dengan lebih tegas dan keras lagi, Dia melarang supaya “janganlah kamu mendekati zina” sebagai langkah mencegah. Wahai jiwa-jiwa muda, cegahlah diri dari zina dengan bermula menjaga pandangan mata, kerana ia adalah pintu permulaan bagi zina.

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa, 17:32)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. : “ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram…” ( Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud & Tarmizi ).

Wahai jiwa-jiwa muda, ketahuilah bahawa cinta manusia itu hanya sementara dan cinta Allah itu adalah cinta yang abadi dan kekal. Mengapa perlu gelojoh mendambakan dahulu cinta manusia dan sanggup melanggar syariat?

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibril, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.’ Jibril pun mencintainya, lalu Jibril menyeru penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.’ Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.” ( Riwayat al-Bukhari no. 3037)

Wahai jiwa-jiwa muda, sedarlah, bangkitlah, kembalilah kepada Allah dengan seluruh hatimu. Masih ada sinar harapan. Serahkanlah dirimu kepada Allah. Cintailah Allah melebihi daripada dirimu, nescaya Allah akan menjaga dan memelihara dirimu daripada cinta palsu. Bahkan, Allah akan mengurniakan dirimu cinta manusia yang diredhaiNya dan selamat apabila syariatNya diutamakan dalam mencari cinta. Siapa kita hendak melawan Allah, Raja Sekalian Alam?

 

Nurnazhifa bt Ab.Rahman
Aktivis PEMBINA UPM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi