Aktiviti, Berita Utama, Kalam Tarbawi

‘Islam bukan pemarah, tetapi Islam itu peramah’

0 151

Jang Abd Mutalib

 

SERDANG,  7 Mac – “Indahnya apabila kita bersahabat kerana Allah. Bukan kerana harta, kerana akademik, kerana kenderaan, tetapi bersahabat kerana ikatan aqidah yang bertaut dalam jiwa setiap sahabat.”

Demikian kata Jang Abd Mutalib, aktivis PEMBINA UPM dalam Kuliah 7 Minit (KULTUM) yang diadakan di Masjid UPM selepas selesai solat Jumaat.

“Islam tidak pernah menghalang manusia untuk bersahabat, malah Islam menggalakkan kita membina ukhwah serta menyeru manusia sama-sama berpegang teguh dengan perintah ilahi. Islam bukan pemarah, tetapi Islam itu peramah”, ujar beliau.

Beliau turut berkata, beberapa perkara perlu dititikberatkan dalam membina persahabatan kerana Allah ta’ala, seperti mengenali dengan baik akan sahabat. Kenali minat dan perkara yang tidak disukai oleh sahabat, serta sentiasa cuba untuk memahami dan menurunkan ego sendiri demi sahabat.

“Mengambil berat, bantu, mesra dan sayang sahabat kita adalah kaedah-kaedah yang akan mencantikkan hubungan yang bersemadi kerana Allah ta’ala”,  tambah beliau lagi.

Di akhir tazkirah, beliau menyeru agar semua hadirin memahami apa yang cuba disampaikan kerana pengisian tersebut sangat berguna dalam proses dakwah ‘fardhiah’ dengan mad’u (sasaran dakwah). Beliau juga berharap agar ukhwah yang dibina akan menjadikan semua kader dakwah kuat bekerja dan menjadi senjata paling utuh dalam perjuangan.

Program KULTUM ini adalah kuliah ringkas bersiri yang dianjurkan bagi oleh PEMBINA UPM pada setiap jumaat dan mendapat perhatian ramai daripada mahasiswa-mahasiswa di UPM.

 

Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi