Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

‘Izzah’ Pemuda Kerana Tarbiyyah

0 145

1623736_706241292753220_2072366395_n

 

BANGI, 1 Mac – “Muslim yang hebat bukan semata-mata izzah pada luarannya, tetapi harus juga memiliki Izzah dalaman, kerana gabungan ini akan menghasilkan kepercayaan yang tinggi terhadap sosok pemuda itu.”

Demikian kata Ustazah Nur Fatin Bt. Halil, aktivis ISMA yang mengisi slot tarbiyyah di dalam Kembara Beliawanis 2014 (KEM AWANI) bertempat di Nur Bukit Unggul, Eco Resort. Menurut beliau lagi, ‘izzah’ bermaksud kehebatan dan kemuliaan. Seseorang pemuda itu perlu ‘izzah’ dengan tarbiyyah kerana mereka adalah harapan untuk mengembalikan umat ke landasan Islam.

“Sesungguhnya Tuhanmu kagum kepada seorang pemuda yang tidak memiliki sifat shabwah (kejahilan dan keanak-anakan)”. Tambah beliau, pemuda harus memiliki ciri-ciri utama seperti yakin (Iman), jujur (Ikhlas), semangat (Hammasah) dan bertindak (amal).

“Asas keimanan itu ialah hati yang cerdik, asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar, dan asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.”

Peserta kem turut didedahkan dengan sistem tarbiyyah Islam. Tarbiyyah berasal daripada perkataan ‘An-Numu’ iaitu pertumbuhan, peningkatan atau pun kebangkitan. Demikian itu, proses tarbiyyah diibaratkan akan berkembang seperti pokok.

“Tarbiyyah adalah satu cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata mahupun secara tak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik.”

Tambah beliau lagi, tarbiyyah bukan hanya semata-mata menghadiri usah, tetapi juga melalui wasilah tertentu seperti daurah, mabit, iftar dan banyak lagi.

“Dengan mengikuti jalan tarbiyyah, kita ada matlamat, visi dan misi yang sangat jelas, di mana kita bukan sahaja nak mengubah diri sendiri, tetapi hendak mengubah dunia keseluruhannya.”

Menurut beliau, Islam tidak cukup hanya dengan peraturan negara, namun perlulah diterapkan terlebih dahulu dalam diri pemuda supaya kuasa Islam akan kembali menguasai dunia.

Sekali lagi, peserta disuntik semangat mereka agar izzah dengan tarbiyyah untuk mereka berjaya menjadi muslim yang hebat dari sudut fizikal mahupun mental.

 

Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi