Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

‘Shooters’ Mengajak Beliawanis Amal Gaya Hidup Sihat

2 228
riadah5

 

SERDANG,  16 Mac – “Pepatah arab ada mengatakan ‘akal yang cerdas bergantung pada badan  yang sihat’. Tubuh badan adalah kunci utama beribadah. Kualiti ibadah itu pula terletak pada kekuatan dan stamina.”

Demikian kata Nurnazhifa bt Abd Rahman, Ketua Beliawanis PEMBINA UPM dalam sukan bola jaring, ‘Shooters’ anjuran PEMBINA UPM di Gelanggang Bola Jaring, Kolej Canselor, UPM.

“Jadi antara kepentingan aktiviti  ‘Shooters’ ini diadakan adalah untuk membantu pelajar menyihatkan tubuh badan dan mengatur strategi untuk menggapai kejayaan kerana kebatilan yang dirancang dapat mengalahkan kebenaran yang tidak dirancang. Malah strategi ini sesuai diaplikasikan dalam teknik pembelajaran kita.” ujar beliau lagi.

Menurut Nurnazhifa, belia harus menjadikan pemuda pada zaman Nabi Muhammad S.A.W  ikutan teladan sebagai contoh Salman Al- Farisi yang memainkan peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandak.

Ketika itu beliau telah mencadangkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Makkah serta kaum Yahudi yang khianat. Akhirnya, kemenangan berpihak pada umat islam.

Bagi menjamin tubuh badan yang sihat pengambilan makanan juga harus dijaga. Makanan sunnah Rasulullah S.A.W  seperti kurma, susu,  delima dan madu nyata mempunyai kebaikan yang tersendiri. Selain itu, berikan rehat yang mencukupi untuk kesegaran tubuh di samping otak juga pasti mampu menjana idea yang lebih berkualiti.

Belia masa kini harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Meminjam kata Soekarno, ‘1000 orang tua hanya mampu bermimpi, tetapi seorang pemuda mampu menggoncang dunia’.

Riadah bola jaring tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 11.00 pagi. dengan setiap peserta dapat mencapai tahap kecergasan minda dan hati yang lebih baik dari sebelumnya.

Sumber: www.pembinaupm.my

 

Nur Aqilah Shawarudin,
Wartawan PEMBINA UPM

Related Posts

2 Comments

  1. eja April 27, 2014 at 10:58 am - 

    Assalam. . Sy eja dari bangi. Sy berminat nk join riadah bola jaring uolls.. bole join? Huhuhu .

  2. admin May 31, 2014 at 1:15 pm - 

    Salam Eja. Amat dialukan untuk join. Boleh check gmail saudari utk hubungi wakil kami. Tq.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi