Aktiviti, Berita Utama, Kalam Tarbawi

Tazkirah Selepas Futsal, Mengajak Mahasiswa Membuat Persiapan Rapi

0 175

uniten

 

BANGI, 2 Mac – “Dalam melaksanakan sesuatu urusan, kita mestilah lakukan ia secara berperingkat dan tersusun. Sebagai contoh, pembinaan sesebuah negara Islam yang syumul, bermula dengan pembinaan individu muslim. Kemudian ‘baitul muslim’ (keluarga yang mengamalkan Islam), seterusnya masyarakat muslim dan barulah negara Islam.”

Muhammad Farid Sulaiman, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkata demikian dalam tazkirah pada pagi tadi selepas selesai riadah mingguan bersama ahli-ahli PEMBINA UNITEN.

“Manakala dalam konteks mahasiswa masa kini, pembinaan kejayaan akademik mestilah bermula daripada awal semester lagi, perlu hadir ke setiap kelas serta rajin ulang kaji di rumah. Bukannya sehari sebelum peperiksaan barulah hendak mulakan ‘revision’, memang tidak sempat.” tambah beliau lagi.

Sebelum memulakan perkongsian, saudara Farid telah memetik ayat ke-4 daripada Surah as-Sajadah yang bermaksud,  “Allah,Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaanNya)?”

Beliau mengajak semua ahli PEMBINA dan mahasiswa lain untuk merenung serta memahami sifat Maha Teliti dan Maha Sempurna-nya Allah SWT dalam mencipta alam semesta seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Penciptaan yang agung sebagaimana yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia ini tidaklah dicipta secara semberono bahkan ia tersusun rapi serta hanya dapat diambil iktibar oleh orang yang benar-benar teliti dan berfikir.

“Adakah Allah tidak mampu mencipta alam semesta dalam sekelip mata?” tanya beliau kepada semua yang hadir riadah.

Beliau menjelaskan jawapan bahawa sudah semestinya Allah SWT mampu, namun beliau mengajak lagi supaya memahami seni pengajaran yang ada dalam firman Allah tersebut. Beliau menjelaskan setiap tujuan atau matlamat yang besar haruslah dimulakan dengan perancangan yang teliti dan tersusun. Ini penting kerana ia adalah ‘sunnatullah’ dalam berusaha mencapai kejayaan.

Bahkan ia juga merupakan salah satu sifat muslim yang terpuji. Di akhir tazkirah, beliau menyeru para mahasiswa untuk mempraktikkan iktibar daripada ayat al-Quran tersebut dalam kehidupan dan menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik pemberi keputusan atas usaha yang dilakukan.

Program riadah mingguan yang pertama kali ini diadakan merupakan salah satu aktiviti daripada pakej rekreasi yang PEMBINA UNITEN tawarkan kepada mahasiswa UNITEN.

 

Mohamad Fathil Aqil Abdullah
Wartawan PEMBINA UNITEN

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi