Beliawanis, Cerpen, Karya

Kerana Sangkala (Bahagian 1)

0 72

 

“Jika aku punya waktu, akan aku tebus semua ini”

 

Pagi itu kelas saya hadiri ketika beburung baru mula berterbangan berciap riuh bergema di seluruh langit. Kemudian saya pulang setelah burung-burung telah selamat dibuai mimpi di sarang mereka.

Senja itu, saya pulang ke bilik dengan roman selayu sawi tiga hari disimpan di luar peti ais.

Kepenatan minda membuatkan segalanya menjadi luar biasa letih. Usai maghrib yang ditunaikan separa sedar, saya melabuhkan kelopak mata, masih tidak bersalin pakaian. Ya, saya tahu, bersusun tugasan perlu disiapkan, tapi bolehkah saya berehat barang seminit dua? Begitu saya meminta izin entah pada siapa.

Saya terus terlelap dan terlena seolah itulah kali pertama saya tahu wujudnya istilah tidur di dunia ini. Tilam keras yang dulunya pernah saya fikir, mungkin inilah tilam buat serdadu di China, kini menjadi kasur paling lembut pernah terasakan dalam sejarah dunia (saya).

Saya cuma tersedar bila suara beburung menelusur masuk menabuh gegendang telinga saya. Dan pancaran mentari dari jendela perit memanah retina saya. Sudah pagi benar!

Ya Allah! Subuh hari itu terus mengutuk-ngutuk solat saya. Tak rela dihina kehormatannya saat ditunaikan dalam waktu dhuha.

Saya menekan suis ‘On’ laptop. Planner saya selak, dan saya tersentak.Tiga tugasan submit hari ni? Juga satu pembentangan esoknya bersama satu report? Bukankah saya telah berazam malam tadi, saya akan menyelesaikannya. Kenapa saya tidur?

Tiba-tiba satu mesej masuk ke telefon tangan saya.

“Dr mahu jumpa jam 9. Bincang laporan tesis.”

Jangan hari ini, bolehkah? Saya rasakan seperti batuan besar satu-satu jatuh ke bahu. Membumbung hingga ke langit. Lalu, jasad saya sendiri tak kelihatan dek timbunan itu.

Saya mahu dunia yang lain!! Yang tiada tugasan begini!

Tanpa sedar, saya menghentak laptop yang sedang terbuka di hadapan saya. Dekstop laptop saya tiba-tiba menjadi putih. Tidak bertulisan, tiada berfigura. Saya menekan-nekan papan kekunci dengan tidak sabar. Apakah ini? Cahaya putih yang keluar dari laptop saya semakin terang dan menyilaukan mata, mungkin kerana frekuensi tinggi cahaya itulah yang menghasilkan bunyi yang tidak tertahankan. Penging. Saya pening. Mata dengan spontan tertutup bagi melindungi retina dari tusukan cahaya yang sangat terang itu.

Tiba-tiba semua itu senyap. Saya memberanikan diri membuka kelopak mata. Sambil mengejip-ngejipkan mata, saya melihat sekeliling. Saya masih di atas kerusi. Komputer riba saya masih terpasang dan elok saja dekstop berfigura Tasik Elbufera, Valencia terpampang dengan ikon-ikon tersusun. Tiada cahaya asing.Tiada bunyi penging yang memusing. Saya menarik nafas lega. Mungkin hanya halusinasi.

Saya bangun, gesit bersiap untuk berjumpa pensyarah seperti yang diarahkan oleh sahabat sekumpulan saya tadi. Sambil itu, saya mengira-ngira masa yang perbincangan nanti. Cukupkah sejam? Bagaimana pula dengan kerja-kerja yang menimbun tinggi ke langit itu? Ah! Serabut.
Langkah saya yang tergesa menjadi perlahan saat melalui sebuah bangunan agam berlabelkan ‘Perpustakaan Universiti’. Situasi yang sangat aneh. Pelajar-pelajar bersesak-sesak sehingga ke lobi utama. Fenomena ini amat ganjil sekali untuk tempat bernama perpustakaan. Jika tidak musim peperiksaan, bangunan ini tidak ubah seperti kuburan. Setahu diri ini, biasanya suasana akan menjadi sesak hanya jika ada acara berkaitan dengan hiburan. Tak mungkin ia sinonim dengan perpustakaan. Ah! Saya perlu menyiasatnya.

“Er, saudara…kenapa sesak begini? Hari ini hari perpustakaan sedunia ya?” tegur saya pada seorang pelajar yang berdiri di situ.a

Lelaki yang sedang mengintai-ngintai dompetnya itu memandang saya. Pandangan yang aneh. Sepertinya mata saya ada satu tertanam di tengah dahi. Atau sepertinya ada jari-jari saya yang tumbuh di bahu. Ya, kelihatannya saya mungkin terlihat seperti makhluk dari Zuhrah. Saya mengangkat kening. Cuba mengoyak senyum. Selebihnya saya cuba berlagak tenang.

“Ada jualan masa” Katanya menjawab acuh tak acuh.

“Apa?”

“Kau ni pekak,kah?” Tatapannya berkilat tidak senang.

“Er, maaf, saya memang ada masalah pada gegendang telinga, boleh saudara jelaskan?” saya mengalah saja.

“Jualan masa secara pukal diadakan di sini.Oh ya, kau mesti datang dari planet Uranus, ambil ni” Ujarnya sinis sambil memberi sehelai kertas dari poket begnya yang sedia terbuka. Kertas yang telah terkeronyok.

TEBUS SANGKALA:
“Ayuh, beli masa anda kembali, setengah jam RM50”

Terbeliak mata saya melihat ayat dalam kertas iklan tersebut. Saya yang gila atau dunia ini yang terbalik? Masakan masa boleh dijual beli? Walaupun tidak memahaminya, saya ikut memasuki barisan yang pangkal jejeran manusia itu adalah kaunter utama perpustakaan.

“Adik, nak beli berapa?”

“15 minit sudahlah bang, PTPTN saya dah nak habis.”

Saya mendengar perbualan di hadapan saya. Rupanya saya sudah sampai ke hadapan kaunter. Pekerja yang sebelum ini kerjayanya hanya duduk-duduk di kaunter mengira pelajar masuk keluar, atau bersembang sesama mereka sahaja, kini saya lihat baru berperanan. Dahinya itu berkeringat, yang mungkin baru ini mencipta sejarah, selama bertahun dia bekerja di ruang berpendingin hawa itu.

Yang menjadi persoalan saya mestikah dijual di perpustakaan?

“Ya, adik, nak berapa?”

“Dua jam” meluncur kata itu dari mulut saya. Berani betul saya mengambil risiko. Entah-entah benda ini menipu saya saja? Namun dua not seratus saya berikan juga. Saya teringatkan tugasan saya yang menimbun itu.

Lalu, jam yang dulu pernah digunakan pada zaman Newton sang saintis, bentuknya bujur, mirip jam poket itu, bertukar tangan. Terukir di belakang jam itu satu perkataan. SANGKALA. Begitu saya baca perkataan bersaiz kecil itu.

Old_Pocket_Watch_by_TMC_Deluxe

 

“Er, encik, saya tak pernah guna produk ni, boleh ajar saya?”

Dia memandang saya sama seperti pelajar tadi memandang saya. Saya tersenyum menutup segan dan tidak senang.

“Awak pusingkan saja punat ditepi jam ini sehingga jarum jam ini bergerak ke belakang. Jika dua jam, awak pusinglah dua kali pusingan. Sekian.”

“Er, betulkah? Macam mana..”

“Okey, next..” Dia menjengah ke belakang saya, tidak menghirau pertanyaan saya.

Saya berlalu dari situ dengan fikiran yang sarat dengan persoalan. Adakah manusia sekarang sudah lupa bagaimana untuk berbudi bahasa?
Jam di genggaman, saya perhatikan. Pelaras jarum di sebelah kiri jam itu saya cuba-cuba pusing. Masakan hanya dengan berbuat begini saya boleh kembali ke masa lalu?

Bila punat kecil itu dipusing, saya merasakan sesuatu yang.. Oh, teruk sungguh perasaan ini. Mungkin saya tidak pandai berperi, tapi keadaan ini sungguh tak ingin saya rasakan lagi untuk baki hidup saya selepas ini. Dunia seperti berada di dalam botol kaca yang dipegang oleh seorang kanak-kanak yang baru pertama kali mengenal dan mencengkam objek . Tergolek-golek bola bumi, berpusing tak terbendung.

Bersambung…

 

 

Zubaidah Bt Abd Rahim
JK Media dan Informasi PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi