Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

KULIAH NISA’ : Antara Amanah dan Tanggungjawab

0 107

1897853_728949407149075_6114335109170383111_n

UPM, 18 April- ” Orang yang amanah menunaikan tanggungjawab kepada diri sendiri dan orang lain” ujar saudari Siti Balqis Abdul Razak, Setiausaha Pembina Bangi yang ditemui dalam Kuliah Nisa’ anjuran PEMBINA UPM siang tadi.

Kata beliau lagi, amanah adalah satu yang dipertanggunjawabkan oleh Allah kepada manusia untuk dilaksanakan dan sebagai seorang pelajar kita perlu menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.

“Islam itu sendiri meletakkan amanah kita kepada Allah dan perlunya kita bertanggungjawab di atas urusan yang telah ditetapkan dan yakin akan dipersoalkan di akhirat kelak”, katanya.

“Menjaga kesucian diri daripada perkara yang bukan haknya dan mengambil berat penjagaan dalam hak yang diamanahkan kepadanya antara ciri-ciri yang terdapat pada orang yang amanah.”

Menurut beliau lagi, kita wajar menjaga kesucian diri daripada mengambil sesuatu yang tidak berhak, sekalipun situasi itu tersedia untuk kita melakukannya.Terdapat dalam Al-Quran,surah Al-Anfal ayat ke 27 menyebut ‘Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui”.

Kuliah Nisa’ merupakan salah satu Pakej Tarbiyyah yang ditawarkan kepada beliawanis di sekitar UPM dan diadakan pada setiap Jumaat pada pukul 12: 30 tengahari di surau kolej kediaman Kolej 13, Kolej 11 dan Kolej 17.

Syafiah Mohammad
Wartawan Pembina Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi