Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

Mukmin Kuat Lebih Utama

0 69

unmc Broga

SEMENYIH, 13 April – “Rasulullah s.a.w ada bersabda yang maksudnya, orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah.”

Demikian kata Saudari Najwa Nurrasyidah binti Muhd Nazri, JK Tarbiyah PEMBINA Bangi yang memetik sebuah hadis dalam tazkirahnya, setelah selesai mendaki Bukit Broga dalam program ‘Jejak Iman’.

Beliau turut berkata, petikan hadis tersebut begitu signifikan kepada orang mukmin supaya sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan. Mukmin yang kuat tubuh badan penting bagi membangun negara Islam di samping mukmin yang bijak pandai.

Saudari Najwa turut membawa kisah seorang srikandi Islam, Ummu Sulaim sewaktu perang Uhud. Ummu Sulaim berusaha melindungi Rasulullah dengan kudratnya setelah tentera Islam bertempiaran mengejar harta rampasan perang. Kisah ini memberi inspirasi kepada beliawanis bahawa wanita bukanlah golongan yang lemah walaupun peribadinya lembut.

Seramai 31 orang beliawanis telah menyertai program ini yang bermula pada pukul 7 pagi. Program ini dianjurkan oleh Biro Rekreasi Beliawanis, PEMBINA University of Nottingham Malaysian Campus (UNMC) dan merupakan program pakej rekreasi yang ditawarkan oleh PEMBINA UNMC kepada beliawanis di sini.

Selain itu, para peserta telah diamanahkan menyelesaikan dua wajibat sewaktu mendaki bukit brogan. Wajibat pertama, para peserta perlu menghabiskan bacaan Mathurat sebelum tiba di puncak bukit manakala wajibat kedua, para peserta dikehendaki menyapa mana-mana wanita yang mereka temui.

Setelah selesai takzirah, peserta diberi penerangan mengenai pengajaran daripada kedua-dua wajibat yang perlu diselesaikan oleh peserta sebelumnya.

Wajibat pertama mendidik supaya para peserta perlu sentiasa mengingati Tuhannya serta memohon perlindungan hanya kepada Allah. Pengajaran bagi wajibat kedua pula, ikatan ukhuwah adalah penting bagi pembentukan sebuah masyarakat Islam yang kuat.

Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah dan para peserta bagi menghargai penyertaan mereka dalam program ini.

 

Wartawan PEMBINA UNMC

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi