Akademik, Aktiviti, Berita Utama

PEMBINA UNMC Menyeru Mahasiswa Menjadi Qudwah Menjelang Peperiksaan

0 88

Aizat

SEMENYIH, 28 April – “Kalimah ‘wassathan’ itu membawa maksud pertengahan juga membawa maksud terbaik. Umat Islam itu sepanjang kehidupannya mentauhidkan Allah dan orang kafir pula mentauhidkan dunia semata-mata yang jelas memesongkan mereka. Mana mungkin Umat Islam lebih rendah martabat dari mereka?”

Aizat Farhan bin Rohizat, Presiden PEMBINA University of Nottingham Malaysian Campus (UNMC) berkata demikian bagi menerangkan maksud Surah al-Baqarah, ayat 143. Kenyataan ini disampaikan sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang di kampus UNMC.

Beliau turut berkata, ayat Allah itu jelas menunjukkan umat Islam sebenarnya adalah umat yang terbaik. Lebih baik daripada umat agama lain.

“Namun, adakah dengan sikap ‘ala kadar’ itu sikap ‘umat terbaik’? adakah dengan mencapai keputusan lulus mencerminkan ‘umat terbaik’? Lantaran daripada sikap sebegini, umat Islam dipandang lemah oleh masyarakat lain dan musuh pula gelak ketawa menyindir kita. Sangat menyedihkan.” ujar beliau.

Saudara Aizat berkata lagi, umat Islam suatu ketika dahulu pernah menguasai dunia pada ribuan tahun dahulu. Ramai tokoh-tokoh Islam dilahirkan seperti ahli falsafah sehebat Al-Farabi, ahli medik agung seperti Ibnu Sina, ahli matematik genius Al-Khuwarizmi dan ramai lagi. Mereka ialah ahli tokoh Islam yang hebat sehingga mereka menjadi rujukan seluruh dunia.

“Kita merupakan umat yang hebat ketika dahulu. Musuh-musuh Islam gentar apabila bertembung dengan kita. Adakah segala kejayaan Islam terdahulu itu semua hanya sebuah kisah dongeng dan mustahil untuk kita capai kembali?”, tegas beliau yang mengajak mahasiswa mengimbau kembali pencapaian umat Islam terdahulu.

Di akhir kenyataan, saudara Aizat menyeru semua mahasiswa UNMC untuk keluar daripada kepompong pemikiran lama. Sudah tiba masa mahasiswa perlu menunaikan tanggungjawab sebenar. Beliau juga mengajak supaya bersama-sama menjadi qudwah (contoh) pada rakan-rakan bukan muslim, mahasiswa lain seterusnya pada umat Islam keseluruhannya.

Sumber: http://pembinaunmc.wordpress.com/

 

Wartawan PEMBINA UNMC

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi