Akademik, Aktiviti, Berita Utama

Berpersatuan Membina Kemahiran Insaniah Mahasiswa

0 107

Sbp uniten

KAJANG, 11 Jun – “Mengapa berpersatuan lebih diutamakan? Hal ini kerana dengan berpersatuan, seorang mahasiswa itu boleh melatih diri dalam pelbagai kemahiran yang berkait rapat dengan aspek-aspek yang lain bahkan ia juga bermanfaat untuk masa depan.”

Demikian kata Abdul Hakeem B. Adzman, mantan Naib Presiden I PEMBINA dan juga graduan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal di UNITEN yang hadir sebagai penceramah pada malam itu . Pelbagai tips-tips menarik dan bermanfaat yang dikongsikan beliau bersama mahasiswa baru UNITEN dalam program ‘Campus Survival Skills’ di pejabat PEMBINA Pusat, Putra Kajang.

Program ini dianjurkan oleh aktivis PEMBINA Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kampus Putrajaya  bagi menyambut kemasukan mahasiswa baru.

Beliau turut berkata, sebagai contoh, dengan melibatkan diri dalam persatuan akan melatih kemahiran insaniah seseorang iaitu interpersonal, leadership, public speaking, multi-tasking, dan lain-lain di mana ia bukan sahaja diaplikasikan di IPT bahkan ketika di alam pekerjaan juga nanti.

“Malangnya dewasa ini, kita punya ramai mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dalam akademik tetapi masih gagal mendapat pekerjaan yang baik akibat daripada kurangnya teliti dalam mendalami kemahiran insaniah.” tambah beliau lagi.

Saudara Hakeem turut menyentuh lima aspek utama yang perlu ada dalam diri seorang mahasiswa muslim bagi melahirkan individu yang cemerlang dari segi akademik, sihat tubuh badan, dan bijak dalam meningkatkan pengurusan diri dengan baik.

Kelima-lima aspek dimaksudkan itu ialah study, sport, society, money, time. Kesemua aspek ini berkait rapat dengan pembinaan jati diri serta kemajuan seseorang mahasiswa khususnya dari segi berpersatuan.

Di samping itu, Muhammad Farid Sulaiman selaku Presiden PEMBINA UNITEN turut memberikan ucapan kepada mahasiswa baru yang hadir pada malam itu. Beliau berharap agar para peserta dapat memanfaatkan segala informasi yang diperolehi dalam program itu agar mahasiswa dapat menyesuaikan diri di alam kampus dan menjadi mahasiswa muslim yang cemerlang. Ini kerana suasana pembelajaran sekolah berbeza daripada pengajian dalam kampus.

Program ‘Campus Survival Skills’ ini tamat pada 10.30 malam dan sebelum bersurai, para peserta menjamu selera dan melawat pameran ringkas berkaitan Palestin yang disediakan penganjur.

 

Mohamad Fathil Aqil Abdullah
Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi