Isu Semasa

Kerana Perlembagaan Malaysia Sekular?

0 335

masjid PUTRA

Sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa agama negara Malaysia adalah Islam. Hal ini sekaligus mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam. Tertulis jelas dalam Perkara 3(1),

“Islam ialah agama persekutuan , tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Itu yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun persoalannya, mengapa terdapat segelintir rakyat Malaysia menyatakan bahawa Negara Malaysia adalah Negara Sekular? Mungkinkah dia tidak memiliki buku Perlembagaan Persekutuan yang terjual secara meluas di pasaran? Atau mungkin dia bukan dari jurusan Undang-Undang di mana-mana IPT di Malaysia? Atau mungkinkah mereka sengaja menutup mata hati untuk menerima hakikat bahawa Malaysia adalah Negara Islam?
Antara sebab yang menjadikan Malaysia sebagai negara Sekular adalah ekoran daripada pemahaman yang salah terhadap Perlembagaan itu sendiri. Hatta seorang peguam yang belajar di luar negara sekalipun tidak mampu menghuraikan maksud sebenar isi kandung yang tercatat dalam Perlembagaan. Apa yang lebih menyedihkan apabila kenyataan Malaysia adalah negara Sekular terpacul keluar dari mulut rakyat Malaysia Melayu dan kaum majoriti dalam negara ini.

Perkara 4 meletakkan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi menjadi hujah pihak-pihak tertentu dengan melabelkan Malaysia sebagai negara Sekular. Ada yang menyatakan bahawa sepatutnya sebagai sebuah negara Islam, undang-undang tertinggi adalah Al-Quran dan Sunnah. Tidak sewajarnya Perlembagaan diangkat tinggi oleh negara melebihi Al-Quran dan Sunnah yang merupakan rujukan utama umat Islam. Adakah benar hujah ini?

Mengapa perlu ditekankan Perkara 4 dan mengaburi Perkara 3 yang meletakkan agama sebagai agama Persekutuan. Mari rujuk Perkara 32(1) juga yang menyatakan bahawa:
“Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan tidak boleh dikenakan apa-apa jua prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah XV.”
Siapa yang di-Pertuan Agong? Ketua Negara Malaysia yang mana apabila dilantik pada setiap lima tahun sekali, mereka akan bersumpah akan memelihara agama Islam pada setiap masa. Bukankah ini menunjukkan betapa tingginya martabat agama Islam dalam Malaysia? Sudah terang lagi bersuluh namun kalau mata hati tetap ditutup untuk tidak mahu menerima hakikat sebenar bahawa Agama Islam adalah agama negara Malaysia, sampai bila-bila pun perjuangan menegakkan Malaysia sebagai Agama Sekular tetap dilaungkan oleh pihak tertentu yang taringnya sedikit demi sedikit kelihatan dalam setiap kenyataan yang di keluarkan.

Natijahnya kelompok yang mempertahankan agama Islam akan digelar ekstrimis sebagaimana ISMA yang memperjuangkan hak Melayu digelar rasis. Kelompok yang hakikat perjuangannya adalah Islam menjadi bacul dalam mempertahankan agama Islam sebagai agama negara yang semata-mata menjaga kepentingan politik.
Bukan meletakkan Perlembagaan melebihi Al-Quran dan Sunnah tetapi Al-Quran dan Sunnah adalah asas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tugas kita sebagai rakyat Malaysia yang mencurhakan taat setia kepada Negara Malaysia ini, hormati apa yang telah tertulis di dalam Perlembagaan dan fahami maksud keluhuran Perlembagaan yang tercatat dalam Rukun Negara kita. Seandainya anda mahu mempertikaikan Perlembagaan ini, dipersilakan untuk meletakkan taat setia anda kepada Perlembagaan Negara lain yang anda persetujui.
Wallahu ‘alam

Siti Asyuhra Rahman
Aktivis PEMBINA UKM
JK Pembangunan Sumber Manusia, PEMBINA UKM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi