Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

Memberi Kemaafan Satu Persediaan Menghadapi Ramadhan

0 64

uniten kayak wetland

PUTRAJAYA, 21 Jun – “Mulakanlah usaha memberi kemaafan kepada orang lain seikhlasnya agar mudah-mudahan Allah SWT melembutkan hati-hati kita serta hati orang lain dalam memberi kemaafan kepada kita pula. Usaha mulia ini perlu dimulakan sekarang seolah-olah ‘internship training Ramadhan’ agar perjalanan ibadah kita sepanjang bulan puasa dipermudahkan dan dikurniakan kekuatan bagi mengelak perkara-perkara mazmumah berlaku yang kesannya bakal mengurangi kesempurnaan amal kita.”

Demikian kata Puan Dr. Fazrena Azlee binti Hamid, aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam sesi tazkirah bersama peserta program ‘Running with Iman’ bertempat di Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya. Program ini merupakan insiatif aktivis-aktivis PEMBINA Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebagai persediaan melangkah ke bulan Ramadhan.

Dr. Fazrena turut mengingatkan larangan Rasulullah SAW terhadap orang berpuasa, “janganlah kamu saling mencaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa maka bila seseorang mencacimu, katakanlah: “Sesungguhnya saya sedang berpuasa”, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.”

Dalam program ini, para peserta telah diuji dengan pelbagai tugasan yang rata-ratanya berkisarkan amal Islami dan pengetahuan am di setiap ‘checkpoint’. Di samping berkayak bersama-sama, para peserta diseru untuk menghayati keindahan alam ciptaan Allah SWT di sekitar kawasan tasik itu.

Hal ini menepati ciri-ciri orang beriman seperti firman Allah dalam Surah Ali-Imran, ayat 190-191 yang bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”.

Sebelum bersurai, sesi penyampaian hadiah untuk para peserta dan penceramah jemputan berlangsung sebagai tanda penghargaan serta kenangan. Program ini merupakan sebahagaian aktiviti dalam Pakej Rekreasi yang ditawarkan oleh PEMBINA kepada belia dan mahasiswa.

 

Fatin Nabila Abdul Rahman
Wartawan PEMBINA UNITEN

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi