Kalam Tarbawi, Karya, Rencana

Malam Penantian

0 43

Jika anda tahu malam anda bakal dianugerahkan kekayaan dan wang ringgit, pasti anda bakal mengejarnya. Kerana anda tahu itulah peluang yang dirasai akan menyelesaikan banyak masalah anda. Ketika itu, tidur anda tak lena menunggu saat ketibaannya, anda menghitung hari-hari yang berbaki & anda sudah merancang apa yang akan anda lakukan untuk menggunakan wang hadiah itu. Kebahagiaan akan dirasai sepuasnya.

 al qadr

Bagaimana pula dengan anugerah malam Lailatul Qadar? Malam yang dianugerahkan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam & Maha Mengetahui setiap sesuatu. Dia memberikan hambanya ganjaran yang tidak terhitung, ganjaran yang menyelesaikan masalah anda daripada doa-doa yang penuh dengan pengharapan. Ganjaran yang menerangi alam kubur. Ganjaran yang membawa kita ke hakikat matlamat yang abadi. Keampunan dosa-dosa yang lalu.  Bukankah indah jika dosa terampun? Masalah dalam hidup akan dilalui dengan mudah dan tenang. Masalah rumah tangga, akademik, kewangan, kepincangan akhlak, semuanya selesai dengan petunjuk daripada Allah.

Ketahuilah, Allah mahu menunjukkan kita bahawa jalan penyelesaian hidup ini hanyalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. Lagi-lagi dengan ganjaran 1000 bulan Lailatul Qadar yang diberkati. Ayuh bersama mengejar malam yang penuh berkat ini.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.

 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

 Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

 Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

 Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

(Surah Al-Qadr: 1-5)

Inilah peluang kita untuk membentuk keikhlasan daripada anasir yang merosakkan iman kita. Kenikmatan iman yang  tak pernah dirasai dalam hidup seseorang itu dijanjikan oleh Allah. Ambil masa seketika untuk keluar daripada hiruk pikuk dunia yang melalaikan untuk kembali kepada Pencipta kita. Ingatlah satu hari nanti kita bakal kembali kepadanya. Kita bakal menghadapi hari akhirat yang panjang & inilah peluang untuk membawa bekalan.

Malam Lailatul Qadar jugalah peluang meningkat nilai perjuangan Islam. Berdoalah kepada Allah agar bumi Islam ini terus dipelihara daripada unsur-unsur yang menyesatkan seperti Liberalisme, Pluralisme & Humanisme. Kita mahu mengekalkan suasana ibadah yang meriah Ramadhan ini sampai bila-bila. Kelak tiada lagi suasana ini akibat kelalaian umat Islam sendiri untuk mempertahankan kuasa Islam.Inilah waktu umat Islam menghitung diri akan apa yang telah disumbangkan untuk survival Melayu dan Islam di Malaysia.

 

Ibrahim bin Azran
Ketua Biro Multimedia PEMBINA KUIS
Semester 2, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Multimedia, KUIS

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi