Kalam Tarbawi, Karya

Ramadan Sebuah Madrasah Tarbiyah

0 98

ramadan_by_3yOoNaLEmaraTSumber

Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

(Surah Al-Baqarah,2: 183)

Bulan Ramadan adalah bulan yang disyariatkan agar umat Islam berpuasa, bulan yang penuh dengan barakah, terdapat satu malam di dalamnya yang lebih baik daripada seribu bulan dan bulan permulaan Al-Quran diturunkan. Ramadan merupakan anugerah yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya  supaya kita dapat memperbanyakkan amal ibadah dan merebut ganjaran pahala yang berganda-ganda. Ia juga bulan mentarbiyyah diri bagi melahirkan insan yang bertakwa. Ya, mengecapi ketakwaan! Bukankah orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa?

Tidak makan dan minum dalam jangka masa lebih kurang 13 jam setiap hari bagi Malaysia selama 30 hari bukan sahaja memberi kerehatan kepada sistem dan organ pencernaan manusia bahkan untuk merasai kelaparan dan keperitan orang-orang miskin, orang yang tidak mempunyai makanan dan orang yang tidak pernah merasai nikmat kekenyangan.

Meletakkan diri ditempat mereka walaupun untuk seketika memberi rasa keinsafan kepada diri agar tidak membazir, membeli mengikut keperluan bukan kemahuan serta mendorong kita untuk memberi sedekah dan bantuan kepada masyarakat yang hidup dalam kesusahan. Perbuatan ini seterusnya menyuburkan sifat kehambaan dan rasa syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Sifat-sifat mahmudah dan akhlak yang baik lebih mudah dibentuk ketika bulan Ramadan kerana biahnya mendidik jiwa agar tidak menuruti kemahuan hawa nafsu seperti nafsu amarah, tamak, menginginkan kemewahan dan cintakan keduniaan. Kesibukan berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dan beribadah secara tidak langsung membersihkan hati daripada penyakit-penyakitnya. Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran susunan Imam Nawawi, Ibrahim Khawwash menyatakan penawar hati ada lima.

Penawar hati:

  1. Membaca Al-Quran dengan meneliti maksudnya
  2. Mengosongkan perut
  3. Bangun bersolat malam
  4. Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
  5. Duduk di majlis orang-orang soleh

Apa yang kita lihat, penawar-penawar bagi hati tersebut boleh didapati di bulan Ramadan akan tetapi bukanlah menafikan perkara-perkara tersebut tidak boleh dicari di bulan yang lain. Bulan Ramadan lebih mudah untuk kita mentarbiyyah hati kita, membasuh dan menghilangkan kotoran-kotoran dosa dengan keimanan dan ketakwaan.

Bukan mudah untuk bertukar dari seorang yang pemarah kepada seorang yang penyabar, pendendam kepada pemaaf, tidak menutup aurat dengan sempurna kepada memakai pakaian yang mengikut syarak, seorang yang kedekut kepada dermawan dan pengumpat kepada orang yang sentiasa berkata yang baik atau diam. Semua itu memerlukan tarbiyyah dan Ramadan adalah medan pemangkin memulakan perubahan menjadi insan yang lebih baik di sisiNya!

Aktiviti-aktiviti di bulan Ramadan menjadi lapangan pahala buat orang yang benar-benar memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Ia seperti pesta ibadah dengan berpuasa, terawih, qiamullail, memburu lailatulqadar, tadarus Al-Quran, sedekah dan infak serta beriktikaf di Masjid. Tetapi perlu kita ingat, sasaran dan matlamat kita untuk menjadi Rabbaniyyun bukan sekadar Ramadaniyyun. Bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah di bulan Ramadan sahaja tidak akan membantu untuk merubah diri jika tidak istiqomah melaksanakan ibadah selepas  Ramadan.

Ramadan merupakan kurniaan Allah sebagai madrasah tarbiyyah buat hamba-hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Diawalnya adalah rahmah, pertengahannya adalah keampunan dan dipenghujungnya adalah pembebasan daripada api neraka.” Semoga dosa-dosa kita diampunkan, dijauhkan daripada azab api neraka dan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

 

Saidatul Akmal Mohd Puaad
Aktivis PEMBINA UKM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi