Beliawanis, Cerpen, Karya

Sampaikan Aku ke Bulan Ramadan

0 250

RAMADHAN_by_Nice_bird

Menatap kalendar yang tergantung di dalam bilikku. 28 Jun 2014. Hari yang penuh bermakna itu bakal tiba kurang dari beberapa jam dari sekarang. Tidak sabar rasanya menunggu. Seperti tahun-tahun sebelum ini, persiapan demi persiapan dibuat bagi menyambut ketibaannya. Rumah dikemas, langsir berganti, habuk yang menebal pada perabot rumah dilap sehingga nampak seperti baru. Tidak ketinggalan juga lampu berwarna-warni digantung bagi mewarnai suasana rumah. Rasa bangga pun ada apabila  kelihatan rumah aku sahaja yang ada lampu berwarna warni itu.

Dalam suasana gembira tidak sabar menunggu Ramadan yang bakal tiba, terselit rasa sayu dan sedih teramat mengenangkan peristiwa lama yang tersemat di hatiku. Ramadan kali ini, Diyana tidak bersamaku membuat persiapan Ramadan bersama seperti tahun lepas. Insan yang sentiasa bersama aku, sahabat yang sering bersama saat susah dan senang, di saat aku perlu bantuan dialah insan yang Allah kirimkan untuk aku menghadapi setiap masalah yang datang.

“Diyana, lagi sebulan nak Ramadan kan?”

“Aah, sekejap je masa berlalu. Masuk tahun ni, dah dua tahun kita sambut Ramadan bersama”, jawabku sambil tersenyum kepada Diyana.

Selain mengemas rumah, persiapan Ramadan yang lain juga tidak dilupakan. Kami membaca buku-buku berkenaan Ramadan untuk membangkitkan rasa ghairah akan kedatangan bulan itu. Amalan sunat harian sudah mula diperbaiki. Masih teringat kata-kata seorang sahabat tentang kalam Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183,

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”

Ya,TAQWA!

Matlamat akhir yang ingin dicapai setelah berakhirnya bulan Ramadan adalah taqwa. Bukan sekadar pesta ibadah yang biasa-biasa, pesta makan yang melampau-lampau atau mengambil peluang untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal, tapi yang diharapkan adalah lebih dari itu.

Aku dan Diyana berlumba-lumba membaca Al-Quran supaya kami dapat menghabiskan sekurang-kurangnya 30 juzuk sepanjang bulan Ramadan. Diyana menyediakan senarai semak mutabaah amal ramadan sudah siap dicetak dan disebarkan pada kawan-kawan yang lain. Apa yang diharapkan adalah madrasah Ramadan ini membentuk diri menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya dan yang lebih utama adalah istiqamah dengan amal ibadah yang dilakukan. Kami juga melazimi diri dengan doa,

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami sehingga bertemu dengan Ramadan”

 

“Sarah, ramadan kali ini agaknya kita dapat tak habiskan?

“Insya Allah, Diyana. Nanti kita pergi ke surau di sekitar Bangi ni ye untuk solat tarawih berjemaah.

“Orait, jom buat senarai surau dan masjid yang kita akan pergi nanti.”

“Jom!”,kataku. Kami gembira buat baik bersama. Seandainya silap, kami saling menasihati.

Masa terus berlalu, akhirnya bulan yang mulia itu hadir. Mendengar pengumuman di televisyen pada malam hari membuatkan hati semakin tidak sabar untuk berpuasa, bertarawih, bersahur, bersedekah, bertilawah dan amal-amal ibadah yang lain.

 

“Diyana, malam ni dah mula tarawih. Jom kita pergi sekali,” aku mengajak Diyana yang sedang leka membelek Al-Quran kesayangannya.

“InsyaAllah, boleh,” jawab Diyana pendek.

 

Aku menatap wajah Diyana yang sedikit sayu pada waktu itu. Tidak pasti apa yang difikirkan, tetapi tingkah lakunya sedikit pelik pada malam itu. Aku tidak bertanya lanjut kepada Diyana kerana tidak mahu menganggunya. Kalau dia ada masalah, pasti dia akan beritahu aku. Tambahan, aku tidak sabar untuk bertarawih pada malam itu.

Aku dan Diyana melangkah dengan penuh bersemangat ke masjid yang berdekatan. Setelah menunaikan solat Isyak, sedikit tazkirah ringkas mengenai Ramadan telah disampaikan oleh Imam masjid tersebut. Kami menyambung solat sunat tarawih selepas tazkirah tersebut. Alhamdulillah, pada malam itu kami melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Selepas itu, kami berniat puasa bersama.

Dalam perjalanan pulang, di pertengahan jalan, Diyana bersuara.

“Awak balik dulu boleh?,” tanya Diyana.

“Eh, kenapa?” tanyaku ringkas.

“Ada urusan sekejap di rumah Mak Teh, awak balik dahulu ya”, sambung Diyana.

“Baiklah, jumpa di rumah nanti,” balasku tanpa banyak soal. Jauh dalam hatiku ingin mengetahui masalah yang sedang Diyana hadapi.

“Balik nanti aku tanya”, getus hatiku

 

Jam menunjukkan pukul 11.30 malam, tetapi wajah Diyana masih belum muncul. Hatiku mula tidak senang. Ingin menelefon, tetapi Diyana tidak membawa telefon bimbitnya bersama. Aku mengambil keputusan untuk ke rumah Mak Teh untuk mencari Diyana. Di persimpangan jalan, aku melihat jalan dipenuhi dengan orang ramai dan sebuah ambulans. Jantungku mula berdegup laju, peluh membasahi muka. Aku bergegas berlari ke arah kumpulan tersebut.

“Ya Allah!!!,”

Jantungku seperti sudah tidak berdegup lagi, bumi yang dipijak terasa sudah tidak mampu menahan kaki untuk terus berdiri, air mata bercucuran keluar saat melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah terbaring di atas jalan itu. Ya Allah, beratnya ujian ini…

Tubuh Diyana sudah tidak bernyawa lagi.

 

“Sarah…,” panggil kak Alia

Aku tersentak dari lamunanku. Tanpa aku sedari, air mata mula membasahi pipiku. Kenangan dengan Diyana masih tidak dapat dilupakan, terutamanya bila tibanya bulan Ramadan. Ajal dan maut adalah rahsia Allah, dan tidak ada siapa yang mengetahuinya. Apa yang mampu dilakukan adalah berdoa supaya Allah memberi kesempatan untuk sampai ke bulan Ramadan dan bersedia dengan pelbagai bekalan untuk menghadapi hari akhir kelak.

 

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami sehingga bertemu dengan Ramadan”

“Sampaikanlah kami ke bulan Ramadan…”

“Sampaikanlah kami ke bulan Ramadan…”

“Sampaikanlah kami ke bulan Ramadan…”

 

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi