Aktiviti, Belia dan Masyarakat, Berita Utama

‘Langgar Israel’, Simbol Kemarahan Ummah Terhadap Kekejaman Zionis

0 50

photo_2014-08-26_00-14-30

DENGKIL, 23 Ogos – Bertempat di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Dengkil, berlangsungnya program ‘Toll2Gaza’ dengan tema ‘Langgar Israel’. Sebanyak tujuh buah kereta berkonvoi dari Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi, Seksyen 9  bersempena dengan Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin dengan kerjasama ahli-ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Bendera Israel dihamparkan di atas jalan raya supaya ‘dilanggar’ oleh kenderaan-kenderaan yang memasuki RnR sebagai simbol kemarahan ummah. Sementara itu, bendera Palestin dikibar menunjukkan sokongan penuh kepada rakyat Palestin. Bunting boikot produk-produk Israel turut dipamerkan.

“Signifikan program ini adalah untuk membetulkan kefahaman masyarakat bahawa Palestin adalah satu daripada tanah air umat Islam, dan menjadi tanggungjawab semua untuk membebaskan tanah air yang dijajah,” kata Pengarah Program ‘Toll2Gaza’, saudara Syafiq Syahmi.

“Kempen boikot produk Israel dapat memberi tekanan kepada ekonomi Israel, semoga usaha kecil dan  berterusan ini mampu melumpuhkan ekonomi mereka,” ujar Ketua Beliawanis PEMBINA Bangi, Nor Raidah Rahmat.

Beliau berkata lagi, “Ramai rakyat Malaysia sudah peka dan menyokong usaha boikot serta kempen Al-Qassam. ‘Hon’ tanda setuju dari semua lapisan masyarakat menunjukkan kita semua bersatu padu dalam isu pembebasan Palestin.”

“Respon yang diberi orang awam sangat baik menunjukkan kepekaan mereka. Ini dapat dilihat dari sokongan mereka menandatangani petisyen bantahan kepada Israel dan ada juga masyarakat umum yang menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan bagi membantu menjayakan aktiviti-aktiviti Bulan Kemarahan Ummah anjuran Aman Palestin ini,” kata Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia, saudari Mariam Malek.

Turut hadir sama ialah saudara Timbalan Pengerusi PEMBINA Bangi, Azlan Bin Abd Aziz. Beliau turut berkata bahawa program ini mampu memberi kesedaran kepada masyrakat tentang isu Palestin yang dicabuli hak kemanusiaannya melalui kezaliman yang dilakukan oleh Zionis.

Saudara Syafiq menyatakan impak dan reaksi keseluruhan program ini sangat memuaskan apabila berjaya mendapat tandatangan untuk petisyen sebanyak 150 orang dalam masa 10 minit. Perhimpunan ini berjaya membangkitkan semangat masyarakat untuk sama-sama berjuang membebaskan Palestin dari cengakaman laknatullah.

 

Maisarah Shahrain
Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi