Beliawanis, Berita Utama, Bicara Pimpinan

Merdekakah kita? Belia Diseru Pelihara Malaysia daripada Ancaman Luar

0 466

raidah rahmat

BANGI 31 Ogos – “Kemerdekaan itu terletak pada merdeka jiwa dan tidak dipengaruhi oleh agenda orang lain kerana agenda Islam tidak memerlukan ideologi Barat yang terpesong dalam memandu hidup kita.”

Demikian kata Nur Raidah bt Rahmat, Ketua Beliawanis PEMBINA Bangi ketika dihubungi semalam di sini. Beliau turut berkata walaupun Malaysia sudah mencapai 57 tahun kemerdekaan, namun ancaman kedaulatan Malaysia oleh golongan yang lantang menentang Perlembagaan masa kini semakin berleluasa. Malah, mereka mengaku sebagai seorang rakyat Malaysia.

” Mereka mencabar kuasa Sultan dan institusi raja dalam menjaga Islam dan hak istimewa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

“Jelas usaha mereka cuba menggugat kedaulatan Malaysia dan memberi ruang pada kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan hal ehwal dalaman Malaysia seperti yang dilakukan oleh COMANGO”, katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada belia agar pelihara Malaysia dari ancaman luar yang cuba mengubah dasar Malaysia kerana Malaysia adalah negara Islam yang perlu kita pertahankan.

Jelas Nur Raidah lagi, Malaysia kini sedang aman, tetapi sedarlah keamanan negara boleh dirobek pada bila-bila masa sahaja.

“Lihatlah negara-negara Islam dahulunya aman seperti Iraq, Afghanistan dan Libya yang telah dimusnahkan oleh musuh-musuh Islam. Malaysia sebagai negara Islam lantang mengenai isu Palestin turut tidak terlepas dari rancangan pihak musuh’, katanya.

“Oleh itu, bersiap siagalah untuk perbaiki Islam dalam diri. Betulkan sudut pandang kita dan sentiasa bijak membaca helah musuh negara seperti golongan separatis, moga akhirnya Malaysia tidak jatuh kepada musuh Islam.” tegasnya.

 

Syafiah Mohammad
Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi