Berita Utama, Isu Semasa

Belia dan Mahasiswa Perlu Matang, Berjuang Atas Kepentingan Islam

0 193

Azlan v1

BANGI, 29 Okt – “Setelah 6 tahun saya bergelar mahasiswa, dengan berani saya katakan tindakan merusuh dan merempuh pintu pagar adalah tidak matang. Kadang-kadang kita suka betul berbicara tentang akhlak, adab dan seruan “rahmatan lil a’alamin”, namun tindakan ini langsung tidak menepati bicara tersebut.”

Muhammad Azlan B. Abd Azis, Timbalan Pengerusi PEMBINA Cawangan Bangi, berkata demikian di laman Facebook beliau. Beliau amat tidak bersetuju tindakan oleh sekumpulan belia termasuk mahasiswa yang bertindak ganas dan merempuh pintu pagar kampus di Universiti Malaya, Bangsar.

“Tanpa mengira isu apa pun, samada ia melibatkan isu peribadi tokoh politik atau tokoh pimpinan negara sekali pun, apa yang saya boleh katakan, jika kita tidak meletakkan universiti itu sebagai pusat ilmu yang perlu dihormati, nescaya ilmu itu tidak akan pernah menghormati kita.” tegas beliau.

Saudara Azlan turut berkata, sebagai seorang mahasiswa yang bijak, dia akan menilai suatu perjuangan samada ia atas dasar maslahah ummah atau kepentingan politik peribadi. Selain itu, dia akan berfikir secara rasional dan merancang bagaimana untuk mengubah keadaan ummah untuk menjadi lebih baik.

“Mahasiswa yang tidak matang, dia bertindak sesuka hati atas dasar ‘perjuangan’ tanpa menilai tindakan itu memalitkan nama buruk kepada perjuangan yang sebenar”, tambah beliau lagi.

Rusuhan yang berlaku baru-baru ini difahamkan bermula apabila pintu pagar dikunci oleh pihak keselamatan UM bagi menghalang peserta perhimpunan itu yang terdiri daripada belia dan mahasiswa IPT daripada menceroboh masuk ke dalam kawasan kampus.

Menurut sumber media universiti, tiada permohonan dibuat oleh pihak penganjur dan tiada kelulusan diberikan oleh pihak pengurusan university untuk acara perhimpunan tersebut.

Saudara Azlan berpendapat semangat pemuda hari ini lebih elok dimanfaatkan dengan menyertai himpunan yang melibatkan kepentingan Islam seperti ‘Himpunan Pertahankan Kalimah Allah’ ketika perbicaraan kes dijalankan di Mahkamah Tinggi Putrajaya pada bulan Jun yang lalu.

 

Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi