Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama, Isu Semasa

Feminisme Berasal Dari Barat, Bukan Dari Ajaran Islam

0 356

Bual Bicara UPM

SERDANG, 14 Nov – “Feminisme merupakan suatu fahaman yang meminta persamaan hak wanita dan lelaki yang dikenali sebagai gerakan kesetaraan gender dan berasal dari pandangan hidup masyarakat Barat.”

Demikian kata Ustazah Suriani Sudi, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam Bual Bicara ‘Mahasiswi Tolak Feminisme’.

Forum Bual Bicara ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM, bertempat di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

“Golongan Feminisme ini juga menuntut hak persamaan jantina dari sudut sosial, politik, ekonomi dan lain-lain,” tambah beliau.

Menurut Ustazah Suriani, ideologi songsang ini berasal dari Barat. Persepsi masyarakat Barat terhadap wanita itu sendiri mengatakan bahawa wanita ialah jelmaan syaitan yang membawa kejahatan.

Dalam Bible juga merendahkan martabat wanita iaitu “kejahatan lelaki lebih baik daripada kebajikan perempuan dan perempuanlah yang mendatangkan malu dan rista.” (Sirakh 42:14)

Ustazah Suriani menegaskan bahawa kebangkitan fahaman Feminisme ini hanya sesuai di Barat, tetapi tidak di negara Islam kerana agama Islam telah meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya seperti mana  tertulis dalam Al-quran.

“Golongan Feminisisme seperti Sister of Islam (SIS) hanya mentafsir Al-quran mengikut keadaan semasa tanpa merujuk panduan tafsir daripada pada ulama dan mereka juga mengatakan bahawa wanita tidak wajib dalam aspek pemakaian tudung,” kata beliau.

Menurut beliau, Islam mengangkat martabat wanita pada kedudukan yang mulia dan dihormati seperti yang telah tertulis dalam Al-quran. Ustazah Suriani menyeru agar umat Islam harus merasa ‘izzah dan bangga kerana dijadikan sebagai seorang wanita.

Bual Bicara ini mendapat sambutan luar biasa oleh beliawanis terutamanya mahasiswi UPM. Kira-kira hampir 200 orang beliawanis dan mahasiswi UPM telah menghadiri Bual Bicara ini.

 

Mawaddah Saleh
Wartawan PEMBINA UPM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi