Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

PEMBINA Mengajak Beliawanis Menjadi Muslimah Kuat dan Cergas

0 97

KRiS PEMBINA BANGI

BANGI, 9 Okt – “Tubuh badan adalah kunci utama untuk beribadah. Kualiti ibadah itu pula terletak pada kekuatan dan stamina. Jadi sebagai beliawanis, kegiatan rekreasi seperti ini sepatutnya menjadi aktiviti mingguan”

Halimatun Saadiah Azzuar, Pengarah Kejohanan Bola Jaring Islami (KRiS) 2014 berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui pada akhir perlawanan. Kejohanan ini berlangsung di Gelanggang Bola Jaring, Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

KRiS 2014 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Biro Belia dan Bakti, PEMBINA Bangi. Acara ini bertujuan melengkapi tuntutan bagi seorang muslim supay tidak hanya cerdas dan cemerlang dalam aspek intelektual, tetapi juga kuat dari aspek fizikal.

Antara IPT yang bertanding ialah UKM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Multimedia University (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), University of Nottingham (UNMC) dan German-Malaysian Institute (GMI). Pasukan PEMBINA Bangi turut bertanding bagi memberi saingan yang sengit.

Pasukan UNMC telah berjaya menjuara KRiS pada tahun ini. Pasukan UKM, selaku tuan rumah KRiS tahun ini, menduduki tempat naib johan dan diikuti pula, pasukan UNITEN yang menduduki tempat ketiga.

Kejohanan sukan ini merupakan salah satu aktiviti dalam Pakej Rekreasi yang ditawarkan oleh PEMBINA kepada belia dan mahasiswa. Di samping menekankan aspek tarbiyah, PEMBINA juga komited membentuk belia dan mahasiswa yang kuat dan cergas.

Untuk melihat koleksi gambar sepanjang kejohanan ini, klik sini.

 

Zubaidah Abd Rahim
Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi