Aktiviti, Berita Utama

Beliawanis Diseru Bina Jiwa Mujahidah

0 60

Uniten akhwat

SEMENYIH, 13 Dis – “Tiada kejayaan berubah ke arah kebaikan tanpa (melalui) tangisan, jerit perih, kutukan, dan dipandang pelik tetapi kemanisan itu akan dirasai jua pada suatu hari nanti. Persoalannya hanya dua; dimana dan bila. Jika tidak di dunia, maka tunggulah di syurga kelak.”

Zubaidah Abd Rahim, Jawatankuasa Media Massa, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Bangi berkata demikian dalam tazkirah beliau bersama para mahasiswi dalam program ‘Broga Mu Tunggu Aku Datang’ anjuran Beliawanis PEMBINA di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Menurut beliau, aktiviti mendaki Bukit Broga ini boleh disimbolikkan sepertimana usaha seseorang dalam memburu syurga Allah SWT yang tertinggi; yakni syurga Firdaus. Seorang pendaki yang benar-benar membuat persediaan, mengetahui lorong-lorong atau denai-denai yang sesuai untuk dilalui, dan secara konsisten mendaki tanpa henti sudah semestinya pendaki inilah yang terawal tiba di puncak bukit. Begitu jugalah keadaan bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan kesungguhan dalam kehidupannya bagi mencapai objektif sebagai salah seorang penghuni Jannatul Firdaus satu hari nanti.

Ternyata setiap usaha yang dituntut dalam merealisasikan impian teragung ini bukannya mudah. Namun begitu, sebagai muslim sejati perlunya ada kesedaran bahawasanya setiap mehnah di dunia ini tidak kekal lama dan sifat pelupa yang diciptakan Allah SWT ini akan memberi hikmah pada natijah perjuangan ini.

“Kita tidak akan teringat pun susah payah kita bilamana manisnya kejayaan itu kita sudah kecapi, ” ujar beliau.

Hal ini bertepatan sebagaimana pernah dikhabarkan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadith riwayat Imam Muslim yang bermaksud,

“Pada Hari Kiamat, dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”.

Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”.

Pada akhir tazkirah, beliau mengingatkan mahasiswi semuanya agar teruskan berusaha menjadi muslimah yang mengejar semangat mujahidah dalam menempuh arus fitnah dan kerosakan. Semoga dengan tindakan tersebut, ia mampu melindungi diri dari terjatuh ke gaung kejahilan yang membinasakan.

‘Broga Mu Tunggu Aku Datang’ merupakan program dibawah pakej Rekreasi yang ditawarkan kepada seluruh ahli PEMBINA.

 

Nurul Aina Amran
Wartawan PEMBINA UNITEN

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi