Bicara Pimpinan, Karya

Cinta Pemuda

0 70

Say No to Valentine 

Bila kita berbicara soal cinta, pasti perkara pertama yang terlintas difikiran adalah cinta kepada makhluk. Jarang sekali gambaran cinta sepenuhnya di sandarkan kepada Pencipta Cinta, iaitu Allah SWT. Ramai anak muda masa kini yang terjerat dengan cinta yang bersandarkan nafsu semata-mata. Yang akhirnya hanya merosakkan masa depan mereka sahaja.

      Teman-teman, diri ini ingin mengajak kalian untuk kembali mengingati susuk-susuk tubuh pemuda/pemudi pada zaman Nabi dahulu. Sentiasa di sibukkan dengan memikirkan tentang masalah umat. Bagaimana untuk mereka kembangkan Islam agar menjadi satu agama yang diterima dan diamalkan oleh seluruh penduduk bumi. Jika ditelusuri zaman-zaman muda mereka, banyak dihabiskan untuk membantu menegakkan agama Islam. Tidak ada  ruang untuk mereka sibuk memikirkan soal cinta yang hanya bersifat sementara apabila telah dimiliki.

        Sebagai contoh, Saidina Ali yang memeluk Islam pada usia yang muda lantas menyerahkan seluruh kehidupannya untuk membantu perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW di Mekah. Memang tidak dapat dinafikan para sahabat juga manusia biasa, yang tidak terlepas dari ingin bersama mereka yang dicintai. Begitu juga Saidina Ali yang menyintai Fatimah dalam diam. Tetapi rasa cinta dihati tidaklah membuatkan mereka menghabiskan seluruh hidup untuk menandingi hati yang dicintai. Mereka meletakkan cinta Allah yang paling tinggi untuk ditandingi dan dikejar melebihi cinta kepada makhluk. Mereka menjadikan cinta makhluk sebagai jalan untuk mereka lebih dekat kepada Allah. Lantas berusaha untuk mencapai tujuan hidup yang sebenar.

        Sedarlah wahai teman, Allah menciptakan kita bukan dengan sia-sia. Tetapi Allah menciptakan kita dengan satu tujuan yang besar iaitu supaya kita beribadat kepadanya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Kita mempunyai tugas yang cukup besar untuk diselesaikan dan bukan hanya untuk memikirkan soal cinta dan “enjoy” semata-mata.

       Bukalah mata hatimu wahai teman, Islam hari ini telah dipijak-pijak dan dipermainkan. Adakah kita masih sanggup berpeluk tubuh melihat agama Islam diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam? Susuk tubuh pemuda dan pemudilah yang diperlukan untuk kembali menegakkan agama Islam dimuka bumi ini. Usahlah terpengaruh dengan agenda musuh Islam yang ingin merosakkan jati diri muslim pemuda pemudi hari ini. Usah terikut-ikut budaya barat yang mengagung-agungkan cinta manusia dengan mengadakan sambutan “Valentine Day”.

       Islam bukanlah melarang sama sekali berkasih sayang sesama makhluk tetapi cara dan kaedah untuk mendapatkan cinta tersebut yang tidak mengikut landasan Islam yang diharamkan. Tiada istilah ber’couple’ dalam Islam yang ada hanyalah perkahwinan. Ikutilah ajaran dan cara hidup Islam yang sebenar, yang jauh lebih mulia dan suci.

        Ayuh sahabat-sahabat, manfaatkanlah sebaik mungkin masa mudamu untuk agama Islam. Supaya apabila kita bertemu dengan Allah kelak kita dapat membentangkan amalan-amalan yang telah kita lakukan didunia untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini. Cintailah Allah kerana Dialah kekasih yang tidak akan meninggalkan, mengecewakan atau membiarkan kita sendirian.

       Sebagai penutup, renungilah kata Imam al-Ghazali r.h.m ini : “Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat. Sebahagian daripada kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu semuanya pulang dan meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri. Tidak seorang pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburkannya di dalam. Yang demikian tidak ku dapati selain daripada amalan soleh. Sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri”.

             Wallahu a’lam.

Nor Syamimi Che Johari

Ketua Beliawanis PEMBINA UKM

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi