Akademik, Aktiviti, Berita Utama, Rencana, Uncategorized

7 Tokoh PEMBINA KUIS Ungguli Anugerah Inspirasi Mahasiswa

0 683

BANDAR SERI PUTRA, 8 Ogos – Tujuh orang tokoh Persatuan Belia Islam Nasional Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah meraih Anugerah Pelajar Cemerlang dan Pelajar Terbaik Fakulti dalam Majlis Anugerah Inspirasi Mahasiswa bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat GPA 3.75 dan ke atas (Dean’s List), bertempat di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Saudara Muhammad Al-Amin b Mohd Asri, mantan Presiden PEMBINA KUIS telah mengungguli dua anugerah pada hari tersebut iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang dan Anugerah Pelajar Terbaik Fakulti (Fakulti Sains Teknologi Maklumat).

Pada masa sama, beberapa ahli majlis tertinggi dan juga aktivis PEMBINA KUIS telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang. Antara penerima anugerah tersebut ialah saudara Ahmad Al-Munzir b Ridzuan yang merupakan Timbalan Presiden 1 PEMBINA KUIS, saudari Nur Masliana bt Ahmad Padzil, Setiausaha PEMBINA KUIS, saudara Abdullah Muslim b Abd Rashid, Bendahari PEMBINA KUIS, saudari Siti Khatijah, mantan Timbalan Biro Rekreasi PEMBINA KUIS, saudari Sharifah Abdul Samad, Ketua Unit Kajian PEMBINA dan saudara Syaiful Azmi, aktivis PEMBINA KUIS.

Aktivis-aktivis PEMBINA KUIS yang mendapat anugerah bersama Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni KUIS

Aktivis-aktivis PEMBINA KUIS yang menerima anugerah bersama Timbalan Rektor Pembangunan Mahasiswa dan Alumni KUIS

Aktivis-aktivis PEMBINA KUIS ini telah terbukti ketokohan mereka dengan penglibatan aktif dalam pelbagai program & aktiviti yang dianjurkan oleh kampus dan di luar kampus. Semoga penganugerahaan ini mampu menjadi perangsang kepada mahasiswa & mahasiswi untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam meraih kejayaan akademik & memberikan sumbangan kepada umat Islam. Semoga ketokohan ini akan menjadi peneraju arus mahasiswa di Malaysia am dan KUIS khususnya untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan umat Islam.

Amin
Wartawan PEMBINA KUIS

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi