Aktiviti, Berita Utama

Bengkel Penulis Milenia

0 131

Bangi, 31 Okt- Sebuah bengkel penulisan artikel anjuranPersatuan Belia Islam Nasional, PEMBINA Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM telah dilaksanakan di Perpustakaan Tun Seri lanang(PTSL), UKM bertujuan memupuk minat mahasiswa untuk mula menulis.

“Jikalau kita menyingkap sejarah negara, penulisan yang wujud pada zaman sebelum kemerdekaan kebanyakannya bertujuan memupuk nilai semangat cintakan negara dan menjadi pencetus kemerdekaan,” kata pengarah program, Najmuddin Mohd Faudzir,21.
Bengkel yang dihadiri 14 orang peserta ini turut menekankan tentang kepentingan media massa dalam melawan arus persepsi negatif media berhaluan kiri disamping menyebarkan dakwah dan mesej-mesej Islam.
Bengkel tersebut membawa kelainan dalam penyampaiannya melalui cara teori dan praktikal yang diselang-selikan dan aktiviti mewawancara pelajar dan staf universiti di sekitar PTSL.
Menurut pembentang bengkel, Nursabihah Mohtar,24 peranan media amat penting dalam pembentukan sebuah negara kerana ia merupakan salah satu dari empat tonggak kemajuan negara.
“Kita dapati bahawa penulisan yang baik itu amat dekat dengan masyarakat berbanding medium lain kerana sesungguhnya mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang,” ujarnya lagi.

12188145_518159175012420_8071326896120158636_o

Disediakan oleh,
Najmuddin Mohd Faudzir
Ketua Media PEMBINA UKM

 

bengkel penulis milenia

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi