Akademik, Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Isu Semasa, Kesihatan, Rencana

Isu Vape: Bila keupayaan Akal Songsang Dalam Memahami Halal Dan Haram

0 293
gambar hiasan

gambar hiasan

Kita dahulukan perbincangan ini dengan satu hadis :

“Dari Abu ‘Abdillah an Nu’man bin Basyir Radhiyallahu ‘anhuma, an Nu’man berkata : aku mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda : “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada hal-hal yang syubhat (menyerupai halal atau menyerupai haram), Banyak orang tidak mengetahui hal-hal yang syubhat itu. Barang siapa yang menjaga diri dari yang syubhat maka ia telah membebaskan diri dari yang haram untuk agama dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjatuh pada syubhat, jatuh pada hal yang haram, ia seperti penggembala yang menggembala di sekitar kebun yang dijaga, pastinya gembalaannya akan memasuki kebun itu. Sesungguhnya setiap raja memiliki batas wilayah yang dijaganya, Adapun batasan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkannya. Sungguh dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rusak maka rusaklah seluruh tubuhnya, Sungguh ia adalah jantung”

(HR Bukhari dan Muslim)

Halal dan haram itu jelas, halnya sepertimana juga telah diketahui oleh orang khusus iaitu para ulama ataupun golongan am iaitu orang awam atau masyarakat, kerana ianya adalah perkara nadzoriah yang hampir kepada sifat badihiyah.

Membicarakan perkara syubhat adalah fokus utama dalam konteks tajuk ini. Perkara-perkara syubhat (samar) yang berkisar antara yang halal dan haram. Ianya bukanlah termasuk hal-hal yang jelas halalnya, dan bukan pula termasuk hal-hal yang jelas haramnya. Hal-hal inilah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Namun, hanya diketahui oleh sebagian mereka. Persoalannya : Siapakah sebahagian mereka itu ?.

Musabbab syubhat adalah tersembunyi dalilnya, seperti contoh hukum memakan daging kuda, adakah daging kuda itu boleh dimakan ?. Kehalalannya tidaklah diketahui oleh kebanyakan orang, halnya akan mendorong kepada halal jika mengetahui dalilnya, dan menjadi syubhat jika tidak mengetahui atau tidak jelas mengenai dalilnya.

Barang siapa yang memelihara dirinya daripada perkara ini maka ia telah membebaskan diri dari yang haram untuk agama dan kehormatannya, dan barang siapa yang terjatuh pada syubhat, jatuh pada hal yang haram.

Persoalannya di sini ialah adakah vape itu tergolong dalam perkara yang syubhah kerana halnya telah difatwakan haram oleh majlis fatwa kebangsaan. Bagaimana mungkin ada sesetengah pihak mengatakan bahawa perbuatan menghisap vape yang ironinya mampu menjadi medium perubatan kepada seseorang perokok tegar untuk menghalalkan apa yang telah diharamkan zatnya disisi syara’. Mereka sebenarnya dengan jelas mengetahui bahawa vapor ini mempunyai kemudharatan tetapi kurang sedikit daripada rokok. Akhirnya perbuatan tersebut akan membinasakan dan merosakkan diri mereka kelak.

Menangani suatu kemudharatan adalah bukannya dengan melakukan kemudhratan yang lain. Halnya tidak ubah seperti seseorang yang benar-benar ingin meninggalkan zina dengan memuaskan nafsunya melazimi laman-laman atau video lucah. Dia dengan itu merasakan apa yang sedang dilakukan adalah merupakan rawatan kepada dirinya sendiri tetapi hakikatnya dia telah dipermainkan oleh syaitan. Semakin diperbodohkan semakin tenggelam dalam menentukan manakah itu satu yang halal atau yang haram.

Didalam surah al-baqarah ayat 216, Allah telah jelas menerangkan :

“ dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah, Allah jualah yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahui ”.

Terdapat kaedah fiqh yang telah digariskan oleh para fuqaha’ iaitu :

” الضرر لا يزال بالضرر”

“ Sesuatu mudharat itu tidak boleh dihilangkan dengan mudharat yang lain ”

Asasnya kemudharatan itu perlulah ditolak. Pada vapor itu, ada dhoror ( mudharat ) walaupun ianya kurang besar berbanding dengan rokok asal.

Kita mengetahui kini bahawa Keputusan cabinet telah bercanggah dengan majlis fatwa kebangsaan. Dengan itu, jika perkara ini berlaku, maka pandangan Ulama’ adalah diutamakan dan lebih penting untuk diambil daripada kabinet ciptaan manusia.

Jika kita melihat kepada pemakaian hukum syarak, sumber hukum yang diguna pakai dalam memutuskan perkara ini adalah datang daripada al-quran, hadis, qias dan ijma’ ulama. Bagaimana pula keputusan yang dikeluarkan oleh kabinet, apakah sumber kukuh yang telah diguna pakai ?. Adakah hanya didasari atas sasaran agar dapat memenuhi aspirasi orang muda semata-mata.

Hal ini sendiri telah dimaklumkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bahawa :

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

  • Qiyas kepada rokok sebenar.
  • Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
  • Pembaziran yang berlaku samaada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan abgi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit.
  • Meniru budaya yang bukan Islam.
  • Dilihat tidak bermaruah.
  • Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik. Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik dikalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah didalamnya. Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah dikalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja.

Dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan penggunaan rokok elektronik melalui fatwanya.

Perbincangan menjadi lebih menarik apabila ada golongan yang cuba membuat fakta itu kepada satu yang sarkastisme dengan mengolah bukti yang ada serta mengoreng dengan rencah nafsu supaya menjadi lebih enak didengar.

Saya telah mengambil beberapa sumber daripada rakan-rakan dan juga facebookers sebagai beban bukti. Persoalannya disini, apakah faktor yang menjadi kebercelaruan dalam memahami kontent yang halnya telah diharamkan oleh fatwa kebangsaan.

Telah berkata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, kenyataan itu telah disahkan olehnya dan dimuat dalam sinar harian(diambil di facebooknya) pada 30 oktober 2015 baru-baru ini, bahawa :

“ Berita baik kepada vapers, vaper brewers dan peniaga vape, kabinet hari ini ( 30 okt 15 ) memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. Terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda ”. hal ini telah dijelaskan dengan tafsiran sendiri yang datang darinya menerusi facebook dengan berhujjahkan :

“ Kenapa vape saya anggap sebagai kehendak dan aspirasi anak muda ?, disini saya gariskan fakta2 supaya kita semua faham situasi dan lebih terbuka dalam isu ini. :

  • Dianggarkan 1 juta orang muda terlibat dengan vape.
  • Ramai orang muda terlibat dengan perniagaan perniagaan vape seperti retailers atau distributer. Jika diharamkan maka tutuplah perniagaan mereka. 95% pula perniaga adalah anak-anak muda melayu.
  • Pengeluar perasa vape punya potensi yang besar kerana ada yang dieksport ke China. Mereka terdiri dari anak-anak muda melayu.
  • Selain itu, jika dari segi kajian, vape hanya 5% sahaja bahayanya jika dibandingkan dengan rokok, kenapa kita nak haramkan vape dan tetapi tidak rokok yang nyata lebih bahaya kepada kesihatan kita ?.
  • …. “ kata tidak kepada rokok dan sokonglah minat orang muda selagi ianya memberi faedah dan manfaat secara langsung dalam kehidupan mereka ”

Melihat kepada konteks ayat yang disusun cantik menerusi kajian mendalam yang barangkali ” mungkin ” telah dilakukan. Hujjah akal mestilah dilawan dengan akal juga. Menjawab penyataan yang diberikan oleh menteri ini, saya telah mengambil beberapa pandangan daripada orang yang sepatutnya, tidak jahil malah boleh berfikir.

“ Vape bukan kehendak dan aspirasi orang muda. Vape adalah kemahuan dan kehendak serta trend gejala sosial yang kurang sihat ”.

  • Biarpun berjuta orang bervape, hakikatnya tidak mengubah sedikitpun fakta yang mengatakan bahawa vape itu haram. Bukanlah dikatakan aspirasi orang muda jika mereka subuk melibatkan diri dengan perkara yang haram.
  • Ya, benar bahawa vape telah menjadi satu industri. Sebagaimana dadah pun satu indusrti. Disini perlu ada makanisme kawalan, bukan menjual secara membuta tuli di merata-rata tempat.
  • Apakah potensi ini potensi yang kekal menguntungkan bangsa melayu pada masa hadapan. Saya lihat ianya sebagai merosakkan lagi nilai kebudayaan bangsa melayu pada masa akan datang. Walaupun untung berjuta-juta tetapi apakah sumbangan yang dapat diberikan kepada generasi akan datang dan juga kepada pembangunan orang muda melayu.

Hakikatnya vape ini telah memperbodohkan masyarakat dan juga para pemimpin yang ironinya memimpin masyarakat. Hanya satu kajian sahaja yang melaporkan bahawa vape ini adalah 95% lebih selamat berbanding dengan rokok biasa. Jika mengikut logic akal lebihnya 5% adalah tidak selamat. Bagaimana mungkin kita boleh katakana bahawa ianya memenuhi aspirasi orang muda. Kajian ini ditaja oleh Syarikat British American Tobacco ( sBAT ).

Dari segi kemasyarakatan, perilaku menghisap vape dan menghembuskan asap tanpa segan silu adalah buruk dan dibenci. Wanita yang bergaya dengan menghisap vape perlu tahu bahawa dia sebenarnya telah menjatuhkan nilai maruah mereka daripada mulia kepada dihina masyarakat.

Kesimpulannya terletak kepada pembaca yang membaca kenyataan ini. Kita yang memilih bagaimana keadaan kita suatu hari nanti ketikamana berhadapan dengan Allah. Saya telah menyampaikan apa yang terdaya. Terima kasih kepada sahabat yang membantu.

Membina genarasi harapan

Melayu sepakat islam berdaulat

Meneraju arus mahasiswa

 

Disediakan oleh :

Muhammad Ikramah Al Din bin Azman

Sarjana Muda Syariah Dengan Undang-Undang

Semester 5

Aktivis Pembina KUIS

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi