Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi, Rencana

Kau Ni Sembang La Jimi!

0 219

“Kau ni sembang laa jimi”

“Apahal pulak aku sembang?”

“Yelaa, haritu cakap nak pergi downtown, lepastu kau pergi bantai tidur. mana tak sembangnya”

Tersentap aku sebentar. Malam khamis yang aku janji nak pergi downtown dengan kawan kelas bernama Aben, tapi tertidur sebab penat sangat pada siang hari tersebut.

Penat sebab apa aku pun dah terlupa.

“Alaaa, ni first time kot aku sembang, selama ni aku mana pernah sembang, sekali je kot.”

Sorry laa, malam tu aku asyik buat kerja sampai aku terlelap.”

“Ahh kau, kalau dah sembang, sembang laa jugak.”

“Peh, sembang aku ni macam satu titik hitam kat kertas A4 kot, punya laa besar warna putih kat kertas A4, tapi titik hitam jugak yang kau nampak.”

“Masalahnya, titik hitam kau nampak besar sebab selama ni kau tak pernah sembang. Hahahaha”

Lalu pecah laa ketawa terbahak-bahak antara kami. Nasi campur yang terhidang tadi telahpun habis dimakan kami. Suasana tengah hari di kafe fakulti kami yang tenang memberi kami peluang untuk berborak setelah sekian lama tidak mendapat peluang sebegini.

Maklumlah, tahun tiga di fakulti sains dan teknologi memberi ‘kenangan’ dan penangan kepada sekalian mahasiswa untuk menyiapkan thesis dan projek masing-masing. Walaupun dalam Bangunan Biosains yang sama, tetapi amat jarang sekali untuk berjumpa dek kerana jadual masing-masing yang padat dan sibuk.

SEMBANG

Label Sembang selalu diberikan dalam hidup aku kepada siapa yang cakap tak serupa bikin. Label ini sudah sebati dalam hidup aku sehinggakan ada satu kumpulan Whatsapp dalam telefon pntar aku bernama ‘Sembang 2016’. Persoalan sembang ini adalah sudah menjadi norma dalam masyarakat masa kini. Hal sembang ini sebenarnya boleh ditakrif dengan lebih tepat adalah tidak menepati janji ataupun berbohong.

Apa yang lebih membimbangkan adalah ciri-ciri ini tergolong dalam sifat seorang munafik. Hal ini disebutkan dalam Hadis Rasulullah yang mafhumnya:

 

Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercaya ia berkhianat. (HR Bukhari)

 

Nauzubillahi min zalik. Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat ini. Kita sedia maklum bahawa orang-orang munafik tempatnya lebih seksa daripada orang kafir dalam neraka nanti. Haruslah kita berhati-hati dengan perkara ini. Bahkan kita perlu sedaya-upaya untuk mengelak daripada terjebak dengan sifat munafik ini dalam erti kata lain dilabel ‘SEMBANG’

Tetapi bagaimana pula jika kita ‘sembang’ dengan Allah. Eh, camne pula boleh jadi ‘sembang’ dengan Allahu Ta’ala? atau lebih tepat lagi jadi munafik. Perasaan ini kerap timbul apabila kita baru pulang dari ceramah atau usrah contohnya, lepas ditarbiah dan merasa dekat dengan Allah, kita kembali ke hidup biasa kita apabila balik dari ceramah dan usrah tersebut.

Lalu kita rasa seolah-olah ke’munafik’an atau ke’sembang’an kita terserlah walaupun baru sebentar tadi rasa bagai syurga dihadapan kita, dan neraka dibawah kita dan sedang berjalan atas titian sirat yang panjang dan halus. Tetapi sekarang telah sibuk dengan dunia, anak-pinak, kerjaya akademik dan sebagainya. Munafikkah kita? Sembangkah kita dengan Allahu Ta’ala.

Jawapan pada persoalan ini telahpun ada pada zaman Rasulullah dahulu. Kisah mengenai Hanzalah telah munafik. Sama-sama kita hayati cerita di bawah.

 

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!” lantun Hanzalah pada dirinya. Kakinya mengerah cepat ke Masjid. Nabi pasti ada disana fikirnya. Riak ketakutan dan secebis penyesalan terlukis diwajahnya.

“Hanzalah telah munafik! Hanzalah telah munafik!”Diulangnya beberapa kali. Sedang dalam perjalanan, Hanzalah berselisih dengan Saidina Abu Bakar As Siddiq. Saidina Abu Bakar terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Hanzalah tersebut.

 

“Apakah yang telah kau katakan ini wahai Hanzalah?”  Tanya Abu Bakar

 

“Wahai Abu Bakar, ketahuilah Hanzalah telah menjadi munafik. Aku ketika bersama Rasulullah aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir padaku. Aku menangis kerana takutkan neraka.”

“Namun. Dirumah aku ketawa riang bersama anak-anak dan isteriku . Hilang tangis aku bersama Rasulullah.”

“Aku telah menjadi munafik!”  Ujar Hanzalah sambil teresak-esak bimbangkan akan dirinya.

 

Saidina Abu Bakar terkejut.

“Kalau begitu aku pun munafik. Aku pun sama denganmu wahai Hanzalah.”

Lantas, kedua-dua sahabat ini bersama-sama menemui Rasulullah. Tangisan tidak berhenti. Mereka benar-benar ketakutan. Takut pada Allah. Takut azab neraka yang sedia menunggu para munafik.

Hati mereka gementar.

 

Sesampainya di hadapan Rasulullah, Hanzalah bersuara.

“Wahai Rasulullah, Hanzalah telah munafik.”

 

Rasulullah bertanya. “Kenapa?”

 

“Ketika aku bersamamu ya Rasulullah, aku merasakan seolah-olah syurga dan neraka itu sangat hampir. Lantas air mataku mengalir. Tapi, dirumah aku bergurau senda keriangan bersama anak-anak dan isteriku . Tidakkah aku ini seorang munafik ya Rasulullah”

 

Rasulullah tersenyum.

Lantas baginda bersabda,

“Demi yang jiwaku di tanganNya andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir nescaya para malaikat akan berjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya, akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)”. – HR. Muslim

 

Nah, inilah jawapan kepada persoalan kita tadi. Kesimpulannya kita harus sentiasa berhati-hati dengan sifat munafik yang ada dalam diri kita. Sesungguhnya itu adalah barah yang teruk kepada iman kita kepada Allah. Tetapi janganlah kita berputus asa dalam mencari keredaan Allah, dan hendaklah kita menyeimbangkan antara urusan dunia dan urusan di akhirat.

Wallahu’alam

 

photo_2016-01-28_12-58-06

Najmuddin Bin Mohd Faudzir

Jawatankuasa Biro Media Massa PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi