Berita Utama, Kalam Tarbawi, Rencana

p=mv

0 465

“Ukhti, kita ikut kapasiti kita. Ada orang mungkin boleh buat banyak benda, banyak perubahan dalam satu-satu masa. Kita ukur kemampuan diri kita sendiri.

Bergeraklah, paksa diri…mulakan langkah *smiley*

Senaraikan satu persatu tugasan kita, dan pilihlah yang paling utama untuk kita mulakan.

Kalau banyak tugasan, tapi kita masih tidak buka langkah pertama untuk melaksanakannya, tak berguna juga.

Belajar kalau tak tahu, yang penting langkah permulaan…

Kita kena ada usaha untuk belajar ukhti. *smiley*

Memang tak dinafikan, lama tak bergerak di medan, akan membuatkan kita rasa susah untuk bergerak semula sebab kita dah rasa selesa dengan kehidupan biasa macam orang-orang biasa.

Cuba lawan perasaan tak nak bergerak *smiley* *genggaman semangat*”

***

Jujurnya, aku tak pernah jumpa dengan orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi macam ni. Kesabaran yang disertai kelembutan. Boleh kata, banyak kali juga aku luahkan masalah yang sama, menangis depan dia, bagi alasan macam-macam…tapi, respon dia tak pernah menghampakan *senyum terharu*.

Ok, mari ke point utama penulisan ini; MOMENTUM. Kalau dulu, masa aku belajar Fizik aku paling suka tajuk ni. Tak tahu kenapa, tapi ia sangat menarik.

Mengikut definisi kamus Merriam-Webster, momentum ini ialah kekuatan atau daya yang membenarkan sesuatu objek untuk bergerak dengan  laju dan kuat seiring dengan pergerakan masa. Dari segi teori fiziknya, momentum ialah nilai yang dimiliki oleh satu-satu objek bergerak disebabkan oleh jisim dan pergerakannya.

Momentum = mass x velocity

p = m.v

Apa kena-mengena momentum dengan cerita ni?

 “Memang tak dinafikan, lama tak bergerak di medan, akan membuatkan kita rasa susah untuk bergerak semula sebab kita dah rasa selesa dengan kehidupan biasa macam orang-orang biasa.”

Dalam tarbiyah ini, kita disuapkan dengan teori percambahan. Bagi orang yang ditarbiyah, tiada istilah kekal di takuk lama. Seseorang itu haruslah bertambah ilmu dan amalnya seiring masa berjalan. Ibarat pohon berbuah, apabila sudah ranum ia memberi manfaat dan kesedapan maksimum kepada manusia. Sekiranya kita mengikuti tarbiyah, maka wajib hadirnya sekali dakwah. Agar ilmu yang kita dapat itu, memberi manfaat kepada orang ramai. Jika P.Ramlee kata irama dan lagu tak dapat berpisah, Amy Search pula kata andai laut dan pantai berpisah hilang pedoman, orang yang ditarbiyah pula kata, tarbiyah dan dakwah berpisah tiada.

Maka, sekiranya kita tinggalkan dakwah WALAUPUN DALAM TEMPOH yang SEBENTAR, tarbiyah tak akan menjamin segala-galanya. Kerana apa? Kerana kita terlalu selesa tanpa amal. Dan akhirnya tidak mustahil kita akan tinggalkan tarbiyah. Dari situ, momentum kita jatuh.

Bayangkan kereta yang sudah lama lagi tua. Oil pump dan piston oil yang sudah berkarat, bila start enjin mulalah kereta terbatuk-batuk, pick-up pun lambat. How far do you think you can go? How fast?

Kalau objek, mungkin kita boleh kawal lagi. Tapi momentum dalam diri manusia ni lebih dikaitkan dengan semangat dalam jiwanya. Semangat yang disertai kefahaman. Boleh juga diibaratkan begini (model syok sendiri):

Momentum dakwah = kefahaman x semangat

Momentum berkadaran langsung dengan kefahaman dan semangat. Kefahaman betapa pentingnya tarbiyah dan segala ilmu yang didapati dalam usrah, daurah dan sebagainya. Semangat untuk beramal itu adalah kelajuan yang akan memacu seseorang untuk bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Apabila seseorang itu berehat dalam dakwah dan tarbiyah, ia diumpamakan seperti objek statik, momentum = 0. Tiada momentum terhasil. Disebabkan itulah dakwah dan tarbiyah berpisah tiada.

***

“Jangan tergesa-gesa, selesaikan satu-satu hingga kita dapat capai matlamat kita.

InsyaAllah enti boleh, ana nampak dalam diri enti ada semangat yang kuat, semangat tidak mudah mengalah.

Kalau ada perkara yang kita tak mampu buat seorang diri, beritahu akhwat dan minta bantuan.

Kalau kita diam, orang tak tahu..kesannya, tugasan akan bertangguh, diri kita futur lalu memberi impak kepada orang lain juga.

Jangan layan sangat perasaan tu, buat satu persatu checklist tugasan kita *smiley*

“Kemudian, apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), dan kepada TuhanMu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). –Al-Sharh (94:7-8)

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” –Al-Baqarah (2:153)

“Cari kisah-kisah inspirasi untuk naikkan semangat.

Jadikan Al-Quran sebagai motivasi.

Ambil sirah sebagai penguat diri.” *smiley bertalu-talu*

DSC_0282

Maisarah Binti Mohd Shahrain

Penolong Ketua Media Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi