Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi

Garis Masa Kehidupan

0 89

Pengaturan kehidupan seharian yang baik boleh diibaratkan dengan pengendalian garis masa yang lurus dan teratur di mana kesannya memberi kebahagian yang cukup senang walau ia sederhana. Garis masa ini terjadi apabila semua perkara sudah dirancang, samada dalam jangka masa pendek atau panjang. Namun, harus berpegang bahawa sebaik-baik perancang adalah semua dariNya. Justeru itu, kita seharusnya peka dengan deria semasa, dari peringkat awal kematangan kognitif sudah mempunyai satu timeline hidup yang wujud hasil bekalan menuju akhirat. Hal ini kerana dunia ini hanya persinggahan sementara.

 Firman Allah di dalam surah Al-Hadid ayat 20 iaitu “Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

Lahirnya manusia di dunia adalah tidak dibiarkan kosong tanpa panduan bagi memandu arah kehidupan yang semakin tenat. Sungguh Allah amat menyayangi hambaNya dengan menurunkan ‘polisi-polisi agung’ sebagai rujukan dan ikutan iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Namun, masih ramai yang memberikan alasan yang kurang menyenangkan dan menyedihkan dalam perjalanan menuju redha Allah. Ya, hidayah itu milik Allah, namun apakah tidak ada sedikitpun usahamu dalam mencari kalam cintaNya? Lantas masih beralasan?

Allah Subhaanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri.” (An-Nahl: 89).

Allah juga berfirman di dalam surah (Al-Isra’: 9) “Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus.” Dengan demikian, jelaslah bahawa Al-Quran sebagai petunjuk kebenaran, dan masing-masing perlu ada satu peranan iaitu mewujudkan protokol dalam dirinya sendiri bagi setiap langkah.

Protokol dan timeline hidup yang telah diadaptasi melalui perjalanan menuju akhirat sememangnya tidak boleh dipisahkan kerana ia membawa kita kepada sudut pandang yang lebih jauh di mana kita sudah siap sedia untuk perkara sebelum, semasa dan selepasnya. Misalnya, kita ingin berjaya dalam hidup. Lalu apa plan tindakan kita?

Protokol dan timeline hidup juga mengajar kita agar sentiasa mendisiplinkan diri dalam setiap perkara. Bukan hanya program sahaja yang perlu kita ada senarai semak, namun untuk lebih kemas langkah kita, perlu semak beberapa item yang sangat penting dalam mempengaruhi rohani, jasadi, akhlak dan nilai perhambaan. Antaranya:

1)      Perlu ada tarbiah dalam diri (ikuti usrah, bergaul dengan sahabat yang baik dll)

2)      Selfie maut (perhatikan apakah imej yang dibawa akan memberi fitnah kepada Islam?)

3)      Sentiasa dekat dengan kalam suci Al-Quran, sunnah Rasulullah S.A.W (membaca, memahami dan mengingati)

4)      Nilai ketakwaan (lakukan apa yang disuruh Allah, tinggalkan apa yang dilarang Allah)

 

Item-item ini kelihatannya sedikit sahaja, namun akan memberi kesan yang utuh pada nilai, jati diri dan seluruh aspek yang berkaitan aqidah dan kepercayaan kita pada Allah. Hal ini kerana, hari ini, tidak lagi seperti dahulunya, kerana anak muda semakin mudah terpengaruh dengan dunia barat. Jika tidak meresapi item-item di atas di dalam roh dan jasad ia amatlah dirisaukan buat para daie dan seluruh umat. Ayuh! pimpinlah diri wahai anak muda, agar tidak menyesal di kemudian hari dek dibuai arus hedonisme.

Kata Dr. Yusuf Al-Qaradhaawi sesungguhnya kebahagian itu ialah , anda hidup untuk pemikiran yang benar dan kukuh, untuk akidah terbesar yang menyelesaikan, permasalahan alam yang lampau, persoalan yang disoal oleh orang yang tertanya-tanya, semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir, dari manakah aku datang? ke manakah aku hendak pergi? kenapa aku dijadikan? adakah aku hidup kembali? lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa, terusir segala keraguan yang degil, terdidiklah fikiran yang waras, terciptalah akhlak yang mulia , dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus , hidupmu akan dikurniakan nilai oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina, supaya matamu memandang di segala ufuk , ke arah cita-cita yang tinggi, lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat, di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’, kau tudung bumimu dengan langit, dan para malaikat menjadi saksi. Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia, itulah asas, dan itulah tiang serinya.

 

Justeru itu, buat kita semua, tiada istilah terlambat atau ingin bertangguh dalam mencari redha Allah kerana ajal tidak menunggu saat kamu betul-betul bersedia dalam mentaatiNya. “Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.” (Al-A’raaf: 34). Begitulah janji Allah kepada hambaNya agar senantiasa merancang, menjaga timeline hidup yang kita sendiri perlu cipta agar di akhirat sana kita berada dalam kalangan yang diredhaiNya.

 

Syahirah Abd Salam

Timbalan Ketua Biro Tarbiah Cawangan Bangi

kak syahirah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi