Aktiviti, Berita Utama

Tutor Kewartawanan Permulaan Tutor Berkala Biro Media PEMBINA KUIS

0 47

BANGI, 31 Jan – Persatuan Belia Islam Nasional, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (PEMBINA KUIS) telah mengadakan Tutor Kewartawanan pada 30 Januari 2016, yang bertempat di Blok Akademi Islam, KUIS. Tutor Kewartawanan merupakan salah satu daripada Tutor Kemahiran Media Berkala oleh  Media PEMBINA KUIS bagi melatih dan memantapkan kebolehan ahli Media PEMBINA KUIS.

Tutor Kewartawanan yang disampaikan oleh saudari Nursabihah Mokhtar ini merupakan platform awal untuk PEMBINA KUIS menjayakan projek tutor kemahiran media berkala yang akan terlaksana setiap minggu, mensasarkan ahli media yang beramal dalam Media PEMBINA KUIS.

Aishah binti Samsuddin, Timbalan Ketua Media PEMBINA KUIS berkata,“Program ini bertujuan untuk melatih ahli media menjadi ahli media yang berkemahiran tinggi pada mana-mana bidang media yang mereka ingin ceburi dan akhirnya dengan kemahiran itu mereka mampu berbakti kepada agama dan ummah.”

“Ini merupakan antara usaha kami media PEMBINA KUIS untuk bersama melahirkan lebih ramai pakar muslim dalam arena (media) ini, Insyaallah, untuk minggu hadapan akan ada tutor videografi pula yang akan disampaikan oleh pakar dalam teknik videografi.” Tambahnya lagi.

Selain itu, program ini turut mendapat galakan dan komen yang positif daripada  Ketua Media PEMBINA Cawangan Bangi, Muhammad Al-Amin Asri. “Tahniah buat Media PEMBINA KUIS, kerana telah menjadi pencetus dalam menganjurkan program berkala seperti ini. Semoga Media PEMBINA KUIS dapat memberi inspirasi kepada media IPT lain khususnya yang bernaung di bawah Cawangan Bangi bagi menggerakkan dan menyebarkan risalah aspirasi dakwah yang dibawa PEMBINA kepada seluruh belia di IPT masing-masing ,”ujarnya.

Tutor yang bakal dianjurkan adalah seperti berikut:

  • Bengkel video (3/2/16)
  • Bengkel Penulisan Skrip (14/2/16)

 

photo_2016-01-31_21-51-12

Aishah binti Samsuddin
Wartawan PEMBINA KUIS

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi