Akademik, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi, Rencana

15 Tips membaca Al-Quran

0 215

baca quran.jpg

Assalamualaikum semua, harapnya sihat sentiasa…

mari kita terus masuk kepada perbincangan…

Bila ditanya tentang bilakah waktu yang sesuai untuk baca al-Quran, ramai yang menjawab :

” Lepas solat fardhu Akhi “.

” Bila nak tido kot … hui hui “.

” Sebelum subuh, lepas qiamullai “.

” Bila ada waktu free, aku bacalah “.

dan berbagai-bagai lagi jawapan yang betul / kurang tepat dan tak salah diberikan oleh mereka. Persoalannya disini ialah, adakah kita tahu sebenar-benarnya bilakah waktu yang sesuai untuk membaca dan meluangkan masa dengan kalamullah yang agung ini ?.

Mengapa saya timbulkan persoalan ini adalah kerana dalam course study saya memang terdapat ramai kawan sebegini. Hanya membaca dan menghafal untuk naik tahun, tetapi tak tahu apakah tujuan membaca dan menghafal yang sebenar – yang sepatutnya – perlu diketahui oleh seorang penuntut ilmu.

Disini ingin saya kemukakan 15 tips membaca al-Quran yang dianjurkan oleh seorang Dr. daripada Saudi iaitu : Doktor Muhammed al-Mohisni. Beliau mengemukakan tips ini supaya kita mulai sedar ;

  • Mengapa kita baca al-Quran,
  • Bilakah waktu yang sesuai untuk membaca al-Quran,
  • Adab dengan al-Quran.

Mari kita sama-sama lihat apakah tips yang diajar oleh Dr. al-Mohisni….

 

Palestinian_Muslim_reading_The_Holy_Qur'an_in_Al-Aqsa_mosque.jpg

لا تعطي القرآن فضلة وقتك، بل خصص له وقت محدد لا ينازعك أحد

(1) Jangan engkau berikan ( fokus membaca ) al-Quran pada lebihan waktumu ( iaitu : bila lapang sahaja baru buka al-Quran ), akan tetapi khususkan bacaan itu pada waktu-waktu yang tertentu. Waktu dimana tiada seorang pun yang akan menganggumu ketika itu.

 

wudhu_tazkirah.jpg

قبل القراءة، جدد وضؤك، وإستقبال القبل، وبدأ بالإستعاذة ثم البسملة، وإستحضار فضل قراءة القران

(2) Sebelum membaca al-Quran, perbaharuilah wudhu’mu, dan hadapkanlah keadaanmu ke arah kiblat. Mulakanlah dengan Isti’azah ( A’udzubillah ), kemudian Basmallah, dan pintalah ( kepada Allah ) agar diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

 

use-time-wisely-read-quran.jpg

ليكن صوتك وسطا لا مرتفعا فتتعب وتزعج ولا منخفطا فتملو تنعس، ولتكن سرعتك وسطا لا سريعة فتهذ ولا بطيئة فتسئم

(3) Hendaklah kekuatan suaramu itu pertengahan ( sederhana ), tidak terlalu kuat sehingga engkau pula sesak & terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan & mengantuk. Hendaklah kelajuan bacaanmu itu juga pertengahan, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat ( kerana sering tersilap ), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah ( gelisah ).

 

9274القران الكريم هو منهج حياتنا.jpg

للقرأن هيبة ووقار، ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس، فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان

(4) Bagi al-Quran itu kewibawaan ( megahan ) dan kehormatan. Sesiapa yang menggagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah akan mengaggungkan kedudukannya di dalam kalangan manusia. Maka janganlah engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

 

images.jpeg

كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورة لا يقطعها حتى يتم السورة، وهذا من الأدب مع كلام الله، والبعض يقطع الآيات

(5) Generasi salaf dahulu, apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut. Ini ( sebenarnya ) adalah adab dengan kalam Allah ( kerana ) membaca sebahagian itu memutuskan ayat.

 

54284-0_663_382.jpg

إذا بدأت قراتك فلا تلتفت لأحد، وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك معتذرا، وهذا من تعظيمك لكتاب الله

(6) Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapa pun. Jika terdapat seseorang yang berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf. Ini adalah merupakan sifat memuliakan kitab Allah.

 

إن كنت ولا بد قاطعا تلاوتك لحديثك لأحدهم، فلا تجبه فور حديثه، بل لينتظرك حتى تقف على رأس الأية في موقف مناسب

(7) Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang ( yang mengajak berbicara kerana suatu urusan penting ), jangan terus ( berhenti untuk ) menjawabnya. bahkan ( ketika itu ) hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat ( berhenti ) yang sesuai.

 

Sebenarnya terdapat lagi 8 tips yang belum dikongsikan untuk tatapan semua. Umumnya, manusia itu tidak mampu untuk melakukan semua dalam satu-satu waktu.

Cukuplah sekadar ini untuk kita terus beramal dengan istiqamah dalam mengutip mutiara pahala daripada Allah. Kaedahnya, kalau kita tak mampu buat semua jangan tinggal semua, kalau kita mampu buat sikit, bagilah perbuatan itu berterusan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

salam sayang daripada sahabat Pembina dan juga kawan kenalan anda yang perihatin. kalau tidak ada kesedaran dalam diri , tidaklah aku menulis entri ini.

Disediakan oleh,

sodiq

MUHAMMAD SODIQ BIN WARDOYO @ ANWAR
Diploma Tahfiz Quran & Qiraat,
Timbalan Presiden Pembina Kuis.
Meneraju Arus Mahasiswa,
Mengarus Perdanakan Agenda Dakwah,
Membangun Umat Beragenda.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi