Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Rencana

‘Bangla’ Atau Belia Negara

0 313

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah mengeluarkan kenyataan untuk membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bagi melakukan kerja-kerja 3D (Dirty, Difficult and Dangerous). Beliau beranggapan bahawa warga belia di negara ini menolak untuk melakukan kerja-kerja 3D dan memilih kerjaya professional yang lebih selesa. Pada pandangan saya, kenyataan ini tidak dikaji secara menyeluruh mengapa belia di negara ini tidak memilih kerja di sektor 3D di Malaysia. Saya tidak pasti dari manakah dapatan justifikasi bahawa belia di negara ini lebih memilih kerjaya professional berbanding kerja 3D. Mungkin maklumat tersebut diambil daripada pelajar lepasan IPTA semata-mata dan tidak dikaji dalam kalangan belia-belia yang berada di institut kemahiran atau tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Pada hemat saya, kajian secara menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak kerajaan mengenai permintaan kerja 3D dalam kalangan belia di negara ini. Menghukum bahawa kerjaya 3D tidak popular dalam kalangan belia negara ini kerana berlaku penolakan dari belia itu sendiri adalah tidak matang. Saya yakin ramai belia negara ini berulang alik ke Singapore dengan melakukan kerja 3D di sana. Setiap hari kita boleh lihat tambak johor dipenuhi oleh rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air setelah bekerja di Singapore. Maka, apakah ini satu indikator yang mengatakan bahawa belia di Malaysia tidak memilih untuk bekerja di sektor 3D?

Persoalannya, kenapa di Singapore dan tidak di Malaysia? Jawapannya adalah permintaan gaji di Singapore lebih tinggi berbanding di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa kos sara hidup kian meningkat di Malaysia. Belia pada hari ini memerlukan pembayaran gaji yang setimpal bagi menampung kehidupan yang semakin mencabar pada hari ini. Tidak hairan kita boleh lihat ramai belia pada hari ini melakukan perniagaan kecil-kecilan kerana keuntungan perniagaan tersebut kadang-kadang lebih besar daripada gaji di sektor 3D. Gaji minimum di sektor 3D perlu diselaraskan dan dinaikkan bagi menampung keperluan belia di negara ini supaya cabaran ekonomi mampu di atasi oleh golongan belia.
Kadar pengangguran dalam kalangan belia juga perlu diambil kira oleh pihak kerajaan. Saya yakin masih ramai belia di luar sana yang berkemahiran atau tidak mampu menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi masih menganggur. Mereka ini perlu digerakkan dan digunakan tenaga kerja melalui inisiatif kerajaan sendiri dengan melaksanakan bengkel-bengkel tertentu agar mereka tertarik untuk melakukan kerja-kerja 3D. Bengkel-bengkel pembangunan belia masih lagi kurang di negara ini. Maka, tidak adil bagi kerajaan untuk menghukum belia-belia di negara ini menolak kerjaya di sektor 3D tanpa bimbingan yang sewajarnya dari pihak kerajaan.

Pada hemat saya, pengambilan warga Bangladesh adalah jalan yang terlalu singkat tanpa memikirkan inisiatif lain untuk menggunakan tenaga belia yang sedia ada di negara ini. Kerajaan perlu mengambil kira kadar jenayah yang akan meningkat dengan kehadiran warga asing di negara ini. Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes cabul oleh seorang warga Nepal terhadap seorang wanita Melayu di kawasan umum. Adakah perkara ini masih belum jelas di mata kerajaan? Saya yakin masih banyak rekod jenayah warga asing terhadap warga tempatan di negara ini. Kerajaan perlu lebih sensitif mengenai perkara tersebut tanpa mengambil jalan mudah seperti ini.

Kita sudah memiliki pengalaman di zaman British dengan kemasukan warga asing ke negara ini. Kesannya amat buruk jika perkara ini diulang semula di negara ini pada hari ini. Maruah dan kedaulatan negara akan tercabar sekiranya satu rumpun bangsa yang tinggi bilangannya bersatu padu untuk mendapatkan hak mereka di negara ini. Perkara ini seterusnya akan menyusahkan anak cucu kita yang akan memegang tampuk pemerintahan negara. Saranan saya, kerajaan perlu mengkaji secara menyeluruh mengenai pengambilan warga asing di negara ini dan tidak perlu mengambil jalan yang singkat untuk melaksanaakan pembinaan dan pembangunan negara. Negara ini perlu dibangunkan oleh tangan rakyatnya sendiri tanpa perlu bergantung kepada negara asing. Kita sudah sekian lama melepaskan diri daripada cengkaman penjajah, apakah kita masih perlu menadah tenaga dari negara asing?

Azlan v1

Muhammad Noorazlan Bin Abd Azis
Pengerusi PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi