Berita Utama, Bicara Pimpinan, Rencana

Dean’s List vs Deen’s List

0 165

Baru-baru ini keputusan peperiksaan Semester 1 2015/2016 telah pun keluar. Apa yang dapat dilihat ialah, ramai pelajar yang update status di Facebook dan tweeter masing-masing tentang result exam dan kejayaan masing-masing. Sampai ada yang cakap lagi banyak bilangan huruf ‘h’ dalam ‘alhamdulilah’ dia, lagi tinggilah pointer seseorang tu. Haih..macam-macam. Namun, apa yang dapat dilihat disini, tidak lain, matlamat seorang pelajar itu kat universiti, memang kalau boleh dia nak dapat dean’s list.

Persoalannya di sini, apakah definisi sebenar kejayaan itu. Persamaan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain adalah masing-masing menginginkan kejayaan dalam hidup mereka. Mereka yang baik akalnya, waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang tak mahu jadi orang yang berjaya bukan? Kita akan dihormati, ibu bapa merasa bangga, disayangi masyarakat dan sebagainya. Cumanya perbezaan antara semua manusia waras tersebut, bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan. Kejayaan adalah sesuatu yang sangat subjektif. Kejayaan bagi aku, tak semestinya kejayaan bagi kau, dan kejayaan kau, tak semestinya kejayaan bagi aku.

Ada orang dapat result exam CGP dia naik dari 2.5 ke 3.0 adalah sesuatu kejayaan yang sangat-sangat besar. Tetapi, bagi mereka yang yang dah biasa dapat CGP 4.00, itu bukanlah kejayaan yang sebesar mana. See..definition kejayaan beberbeza-beza bukan. Jadi apa sebenarnya definisi kejayaan yang sebenarnya?

Dean’s List

Setiap pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke alam universiti mahupun kolej, sudah pasti menyematkan di dalam diri masing-masing yang “Aku nak dapat Dean’s List!”. Siapa tidak bangga, nama kita tersenarai sebagai pelajar yang mendapat Anugerah Kepujian Dekan dalam ramai-ramai pelajar di fakulti. Tambah-tambah gembira saat kita naik ke pentas menerima anugerah daripada Dekan di hadapan rakan-rakan yang lain. Kepuasan seorang pelajar pasti terasa. Yelah kan, saya pasti, untuk mencapai setakat itu bukanlah mudah. Study group dengan kawan-kawan, hadir ke kuliah setiap hari, bersengkang mata untuk ulangkaji, siapkan assignment, dan sebagainya. Begitu banyak effort yang kita buat untuk capai kejayaan tu. Sayangnya usaha kita untuk mencapai Dean’s List tu kadangkala tak seiring dengan usaha untuk capai Deen’s List.

Deen’s List

Kadang-kadang, bila kita berjaya di dunia dengan kejayaan-kejayaan ciptaan manusia, belum tentu kita mampu mencapai Deen’s List. Belum tentu kita berjaya menjadi salah sorang dari senarai hamba Allah yg taat pada agama, beriman pada yang Esa dan melakukan segala suruhanNya. Adakalanya, kita tak berusaha pun untuk mencapai Deen’s List seperti mana kita berusaha untuk mendapat Dean’s List. Kita tak jaga pun solat kita, kadang-kadang solat lambat, tak buat solat sunat, tilawah dan sebagainya. Kalau kita boleh fokus di dalam kelas, sepatutnya lebih fokuslah kita dalam beribadah kepada Allah. Kalau kita boleh bersengkang mata untuk mengulangkaji pelajaran, takkan kita tak boleh bersengkang mata untuk qiam menghadap yang Esa. Mengapa? Ayuh muhasabah.

Kita kena selalu ingat, yang bagi kita dapat Dean’s list tu tiada lain hanyalah dengan kuasa Allah. Bukan dengan usaha kita sendiri sahaja. Kalau kita dah usaha sehabis baik, pergi kelas hari-hari, buat asssignment, hantar assignment on time dan sebagainya, kalau Allah tak beri kejayaan kepada kita, maka bukanlah rezeki kita. Islam tidak pernah melarang kita melakukan sesuatu untuk kejayaan di dunia malah sangat menggalakkan kita untuk melakar sejarah kejayaan dalam hidup kita sendiri. Kita perlu buktikan kepada semua bahawa kita boleh berjaya dengan Islam.

” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang..” (al jumu’ah : 10)

Jadi nak jadi Deen’s List ke Dean’s List?

Kedua-duanya. Kita perlu jadi pelajar yang mencapai Dean’s List dan hamba yang tergolong dalam Deen’s List. Ingatlah, sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Bila kita letakkan semua amal perbuatan kita kerana Allah, maka Allah akan sentiasa membantu kita. Percayalah! Dan bila kita menjaga hubungan kita dengan Allah, maka inshaAllah, kita pasti akan tersenarai dalam Deen’s list, dan tidak mustahil juga untuk kita berjaya mendapat Dean’s List.

syamira

 

 

 

 

 

 

 

Sayang Syamira Binti Sobri

Timbalan Ketua Biro Kepimpinan dan Politik Kampus

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi