Belia dan Masyarakat, Berita Utama, Bicara Pimpinan, Kalam Tarbawi, Rencana

ISLAM AGAMA YANG MUDAH? BETUL KE?

0 51

Krisis keyakinan terhadap sistem yang diperintah oleh Allah SWT serta diajar Rasulullah SAW dan disusun oleh para ulamak oleh anak muda masa kini amat parah.

Sebagai contoh isu pergaulan antara lelaki dan perempuan; pada sesetengah mereka selagi tak berzina selagi itulah boleh lakukan apa-apa sahaja sesuka hati. Padahal mereka sedia maklum arahan Allah agar jangan MENDEKATI zina, apatah lagi mengadakannya.

Alasan bahawa Islam adalah agama yang mudah bukanlah boleh difahami secara literal. Kita perlu maklum rujukan kita selain al-Quran dan as-Sunnah, teliti juga Ijmak dan Qias para ulamak muktabar yang mereka bersusah payah menuntut ilmu, berbincang, dan akhirnya berijtihad atas dasar disiplin ilmu yang tinggi. Ingat mudah ke semua tu?

Islam agama yang mudah secara ringkas boleh dimaknakan; ia agama yang praktikal di setiap masa dan tempat. Manakan tidak; berposisilah kalian di ceruk mana pun di muka bumi ini hatta di angkasa lepas, ia tetap milik Allah dan tuntutan beramal dengan Islam tak pernah tertanggal walau sesaat pun.

Ayuh sama-samalah kita perbetulkan niat sentiasa dan selalu bertanya pada diri; kenapa aku hendak menjadi seorang muslim? Timbulkan jawapan sebenar dari hati kita dan bertindaklah dengan ikhlas. Kecundang kita dalam mana-mana ketika itu biasa, maka disitu nikmat taubat dapat ditimba. Islam sememangnya mudah tetapi bukan untuk diambil mudah. Hakikatnya bila kita mengambil berat akan peranan kita sebagai muslim, itulah yang memudahkan kita di Hari Penghisaban kelak.

Menjadi orang baik adalah wajib bagi seseorang muslim, bukan pilihan!

  
Mohamad Fathil Aqil Abdullah

Timbalan Pengerusi PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi