Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

Kempen Fitrah First Mengangkat 7 Nilai Beliawanis

0 112

retreat beliawanis

BANGI, 28 Feb – Beliawanis PEMBINA Bangi komited dalam membangunkan jati diri beliawanis sesuai dengan slogan ‘Santun, Intelek dan Beragenda’ dalam Retreat Beliawanis PEMBINA Bangi pagi ini. Dalam retreat ini, para peserta telah menerima beberapa taujihat daripada Puan Syazamawati Zam Hashari selaku Ketua Wanita ISMA Hulu Langat berkenaan kepentingan berada dalam saff dakwah serta perlunya membetulkan kembali niat beramal dalam saff dakwah ini.

“Kita perlu betulkan niat kita berada di sini bukan sekadar memenuhi masa lapang, tetapi gunakan kelebihan yang kita ada untuk berada di saff dakwah ini dan menyampaikan risalah.”

Sehubungan dengan itu, PEMBINA Bangi bakal melancarkan kempen fitrah first pada 20 Mac ini berasaskan kepada 7 nilai beliawanis yang telah digariskan oleh Beliawanis PEMBINA Pusat iaitu kemahiran kewanitaan, budaya ilmu, pelihara maruah diri, sihat cantik, kepimpinan teladan, teguh rohani dan prihatin ummah. Antara program yang akan dijalankan dalam Kempen Fitrah First ini adalah Say No To Valentine, Kempen Muliamu Wanita, program ketokohan beliawanis, resepi beliawanis dan lain-lain lagi.

Menurut Ketua Beliawanis PEMBINA Bangi pula, beliawanis adalah satu aset yang sangat bernilai buat pembangunan sesebuah masyarakat dan pembinaan sesebuah tamadun. Oleh itu, banyak usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan jati diri beliawanis muslim tidak kira dari segi peningkatan jati diri, sahsiah, akhlak, kemahiran kewanitaan dan lain-lain lagi. Moga dengan usaha-usaha yang dilakukan buat para beliawanis ini akan menjadikan diri mereka dan juga masyarakat lain akan lebih baik dari pelbagai aspek dalam kehidupan.

 

Fatin Nabillah Bte Md Bahrudin,

JKC Rekreasi PEMBINA Bangi.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Promosi Konvokesyen Dengan Cara Tarian Bukan Ciri Mahasiswa

    Bulan Oktober dan November menjadi saat yang menggembirakan bagi mahasiswa yang bergraduan setelah berjaya menamatkan pembelajarannya di universiti. Majlis konvokesyen bertambah meriah dengan beberapa aktiviti, pameran dan jualan yang diadakan serta penglibatan para pensyarah, keluarga dan saudara mara. Namun, adakah aktiviti seperti tarian yang diadakan oleh mahasiswa di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini sesuai…

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi