Berita Utama, Cerpen, Karya

Senior-ku

0 250

“Ssss…. TAP!!!”
Air tin gedegang seringgit dibuka olehnya sementara menuggu masa rehat.
Dilantik sebagai AJK paling berpeluh untuk acara besar itu benar-benar membuatkanya keletihan. Masakan tidak, acara itu dihadiri oleh lebih kurang 300 lebih peserta dari seluruh negara termasuk sabah dan sarawak.
“Nah sikit,”
“Terima kasih” Balas senior yang bersamanya dalam AJK paling berpeluh tu.Seniornya pernah mengikuti Usrah beberapa tahun dahulu tetapi mula berhenti sejak bertukar naqib usrahnya. Hal tersebut tidak lagi diungkit olehnya kepada senior kerana boleh jadi isu yang tidak mahu dibicarakan lagi oleh senior setelah sekian lama. Menariknya pada kali ini, senior tersebut menjadi ajk bersamanya untuk acara Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan bagi Persatuan yang disertainya.
Setelah sekian lama tidak beramal, tetapi kali ini Allah menggerakkan hati Senior untuk beraksi semula dalam Amal Jamaie. Dan perkara ini sangat-sangat ditunggu olehnya kerana telah lama mengajak Senior untuk kembali beraksi dalam amal jamaie, bukan apa, kalau Seniornya itu tidak disibukkan dengan perkara yang baik di waktu muda, nescaya sama sekali akan disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan maksiat. Dia tahu, ramai anak muda sekarang ini tidak hanya berlumba-lumba untuk jadi yang paling hipster, tetapi juga paling rosak akhlaknya. Ramai sahaja kawan-kawannya yang dahulu pergi kem motivasi dan jambori remaja muslim sama-sama tetapi akhirnya sekarang jadi sekadar orang yang lesu-lesu. Mereka yang diharapkan jadi pewaris pemimpin, sekadar hanya ‘vocal’ di media sosial.
Harapannya kian terkubur untuk bersama-sama mereka yang lama untuk bersama-sama dalam menerajui dakwah di Malaysia ini. Dalam celaru dan kacau hatinya, wujud satu sinar apabila Seniornya ini kembali menawar diri untuk membantunya untuk projek kali ini.
“Kau rasa kan, kenapa aku buat benda semua ni?” Soal dia kepada seniornya
“Benda apa?” Jawab seniornya setelah selesai titisan terakhir air soya tin seringgit tadi.
“Alaa, benda ni semua laa, kerja-kerja AJK ni, meeting sana-sini. datang usrah semua”
“Oh, benda ni, entahlah, mungkin kau nak mengisi masa lapang, ye laa, kau kan cuti sem sekarang, pastu tengah tunggu final semester sem depan, kau isi masa lapang laa. Aku lainlah, dah kerja, tu tolong sikit-sikit sahaja.”
“Hmm, betulah tu, tapi kau pulak, kenapa kau tolong aku? dah laa tak berbayar, cuma dapat makan je, Kenapa kau join sekali untuk ‘jayakan’ program ni?”
“Dah kau minta tolong, takkan tak nak tolong, kita kenal lama kot, dari kecik membesar bersama, Lagipun hari sabtu cuti, aku tolong je laa isi masa lapang macam kau.”
“Hahaha,terbaik laa kau. Camni laa buddies.”
Pecah gelak antara Dia dan seniornya. Kali ni roti krim gardenia dinikmati. Makanan wajib minum pagi program ini memang enak dimakan begitu saja. Roti dikunyah elok dalam mulutnya bagaikan terkumat-kamit sewaktu tasmik hafazan dulu-dulu. Ramai orang di laman lobi dewan tersebut yang terletak di Bangi. Tapi yang ramainya muslimah, biasa laa program indoor camni. Memang ramai muslimah. Muslimin kalau program outdoor dan lain sikit, mungkin lagi ramai.
“Sebenarnya aku harapkan lebih sikit dari kau” Cetusnya kepada seniornya.
“Harapkan apa?”
“Harapkan kau jadi lebih dari sekadar tolong aku semata-mata. Sebenarnya apa yang kau buat ni adalah menolong Agama Islam kita sendiri. sebenarnya kau sedang berdakwah secara tidak langsung. Sebenarnya ini adalah ibadah umum kau”
” Camtu eh? padahal kita angkat-angkat meja, kerusi mikrofon. Takda pun baca kitab, solat semua.”
“Apa-apa yang halal dibuat boleh jadi ibadah kalau niatnya ikhlas kerana Allah. Contonhya kau pergi kerja hari-hari, niatlah kerana Allah. Insya Allah sepanjang kau bekerja tu dapat pahala. Ni yang kita angkat-angkat barang ni , niatlah keran nak tolong agama Allah, nescaya kau dapat pahala”
Roti dah habis pun. Disambung pula dengan lagi satu tin air gedegang.
” Lagi-lagi persatuan kita ni adalah persatuan dakwah, kalau kita betul-betul memanfaatkan tenaga-tenaga kita untuk berdakwah melalui persatuan ini, dengan niat yang ikhlas,segalanya dapat pahala.”
Seniornya mengangguk perlahan. Sepanjang seniornya meninggalkan usrah, bahan-bahan ilmu agama ini kurang didapatinya melainkan ada sesi tazkirah selepas maghrib. Itupun dengar-dengar sambil bermain handphone. Alangkah ruginya masa 2 tahun lebih sebelum ini selama beliau meninggalkan usrah tersebut. Masa mudanya dihabiskan dengan couple, lepak mamak dan sekadar main bola sepak memberinya jiwa yang kosong selama ini.
Tiba-tiba,datang Saleh, ketua AJK paling berpeluh kepada mereka. Saleh yang berpakaian kemas siap blazer mengahmpiri mereka sambil memegang walkie talkie.
“Weh, kita kena bawa 15 kerusi banquet, meja 4 buah ke dalam dewan. Syed dah tunggu kat pintu dewan”
“Oh, ok” jawab dia perlahan. Seniornya ikut dari belakang untuk memasuki lif.
“Weh aku nak masuk usrah balik, bila eh kau punya Usrah?”Soal seniornya kepada dia.
” Minggu depan khamis malam” Jawabnya.
“Nanti aku follow kau.”
“Okay.”
Dalam hatinya menjerit kegembiraan.Sungguh rasa ingin sahaja sujud syukur dalam lif tersebut. Bukan sekejap dia memujuk dan terus memujuk Seniornya itu. Bahkan lama juga semenjak seniornya itu meninggalkan usrah. Selalu sahaja dia menyelitkan doa agar seniornya terima hidayah dalam malam-malam MABITnya. Allah, inikah perasaan yang sama seperti Rasulullah mendapat berita bahawa Umar telah masuk Islam. Sungguh tak terucap dek kata kerana terlalu indahnya perasaan ini. Tugas belum selesai bahkan masih banyak, ramai lagi manusia yang akan disentuh hatinya selepas ini. Bangkitlah wahai pemuda, masa depan islam di tangan kalian.

“Agama adalah seberkas cahaya Allah yang menembus jiwa, menerangi kegelapan dan mencerahkan cakrawalanya. Jika ia telah tertanam kuat di dalam jiwa maka semua bakal disiapkan untuk menjadi tebusannya.”-Hassan Al Banna
“Generasi muda adalah rahasia kehidupan bangsa-bangsa dan sumber kebangkitannya. Sejarah bangsa tidak lain addalah sejarah para kader yang berjiwa besar dan berkemauan kuat.”-Hassan Al Banna
P/S: Senior tersebut adalah abang kandungnya

jimi

 

 

 

 

 

 

Karya: Najmuddin Bin Mohd Faudzir

JK sokongan Media PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

  • SUDUT PANDANG MAHASISWA : HUDUD DAN RUU AKTA 355; DI MANAKAH KEADILANNYA?

    Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 yang diusulkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Parlimen tempoh hari sekali gus menimbulkan beberapa respon yang baik mahupun buruk daripada pelbagai lapisan masyarakat malah isu tersebut turut membangkitkan isu hudud semula. Maka kami sebagai mahasiswa muslim juga tidak ketinggalan dalam mengambil…

  • Normalisasi Penyumbang Kepada Penyuburan Islam di UNITEN

    Perkataan ‘normal’ membawa maksud suatu keadaan atau perkara yang menjadi kebiasaan. Melalui definisi ini dapat kita ketahui bahawa proses normalisasi merupakan satu proses membudayakan atau menjadikan sesuatu perkara itu seolah-olah sudah pun sebati dalam kehidupan kita. Secara amnya, normalisasi terbahagi kepada dua pecahan iaitu normalisasi posittif dan negatif. Namun, untuk menentukan sama ada normalisasi yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi