Berita Utama, Makluman

Tahniah Buat Kepimpinan Baru PEMBINA

0 151

Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Bangi ingin mengucapkan tahniah dan takziah di atas perlantikan baru PEMBINA Pusat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan (MATK) Kali ke-9 yang diadakan pada 13 Februari lepas di Institut Genom Malaysia, Kajang Selangor.
Ucapan dasar mantan presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Hassan Al-Hafiz memberikan satu gambaran jelas terhadap 5 aspirasi PEMBINA 2020 untuk mengangkat mahasiswa pada tahap yang lebih tinggi.
Ustaz Ibrahim menyatakan dalam ucapan beliau “PEMBINA telah melalui satu perubahan yang cukup positif, perkembangan yang konsisten dan cukup membanggakan”.
Antara aspirasi yang ditekankan oleh PEMBINA adalah penerapan nilai islam yang tulen, pemupukan semangat kebangsaan, pengupayaan mahasiswa secara optima, pengupayaan dalam universiti serta nilai intelektual dan kesarjanaan terhadap mahasiswa.
Saudara Eqwan Roslan telah menerima amanat dari Ustaz Ibrahim Hassan setelah memenangi jawatan kerusi presiden bagi sesi 2016/2018 dan turut mengumumkan Timbalan Presiden baru saudara Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi, Naib Presiden 1 saudara Muhammad Aiman Ahmad Faudzi juga Naib Presiden 2 saudari Khairunnisa Mazlan.
Saudara Eqwan yang juga merupakan seorang penysarah di Universiti Tenaga Nasional menyatakan dalam satu temuramah beliau “ Insya-Allah, saya bersedia dan teruja untuk tanggungjawab ini” semestinya memberikan satu harapan yang besar buat ahli PEMBINA.
Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan kali ini telah berjalan dengan lancar juga dihadiri oleh perwakilan dari seluruh negara. Semoga tampuk kepimpinan baru ini dapat membawa PEMBINA lebih tinggi dalam kancah aktivisme bagi meneraju arus mahasiswa.

 

amjad
Amar Amjad bin Abdul Wahid.
Kejuruteraan Elektrik Kuasa UNITEN,
Biro Pembangunan Organisasi,
PEMBINA Bangi.

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

  • “Isu Solat Berjemaah, Di manakah kita?”

    “Dan dirikanlah kamu solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al-Baqarah ayat 43) Solat sememangnya menjadi tiang peneguh yang menjadi aset utama keluhuran agama Islam. Sejak dari kecil lagi anak-anak Muslim sepatutnya diajar untuk mendirikan solat kerana masa ini adalah masa yang sangat berharga buat mereka. Selari dengan…

  • Remaja dan Rokok?

    Isnin lepas, hatiku tergerak untuk singgah makan pada waktu tengah hari di salah sebuah restoran mamak di Sri Serdang. Kebetulan pada waktu itu juga beberapa orang adik-adik yang bersekolah pada sesi pagi singgah makan di restoran yang sama. Tampak pada gaya mereka akan kekemasan rambut yang disikat rapi, baju kemejanya kekal tuck in, dan tali…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi