Aktiviti, Beliawanis, Berita Utama

Kem AWANI – Kembara Mengenal Pencipta

0 159

DSC06834

HULU LANGAT, 6 Mac – Sejajar dengan nilai yang digariskan oleh sekretariat Beliawanis bagi melahirkan mahasiswi yang sihat cantik, Biro Rekreasi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Bangi telah menganjurkan Kem AWANI baru-baru ini. Perkhemahan ini berlangsung pada 4-6 Mac 2016, bertempat di Photon Valley, Hulu Langat dengan tema ‘Back to Nature, Know your Creator’.

Para peserta bukan sahaja dapat menyihatkan fizikal tetapi juga menepati nilai budaya  ilmu dan prihatin ummah. Turut diterapkan dalam perkhemahan kali ini ialah, slot Serangan Pemikiran. Slot ini membuka mata para peserta dengan realiti dunia yang berdepan dengan pelbagai ancaman. Selain itu, dalam setiap permainan mempunyai pengajaran tentang kekuasaan Allah dan penghayatan perjalanan sirah para Nabi, Rasulullah dan para sahabat.

“Slot Kembara Ulul Azmi menjentik hati terhadap betapa kurangnya ilmu tentang nabi-nabi kita dan menjadi pendorong untuk memantapkan ilmu tentang sirah,” ujar Amani, salah seorang peserta Kem AWANI dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

“Saya rasa kerdil sangat sepanjang kem ini, terima kasih kepada kakak-kakak yang membantu. Allah telah makbulkan doa untuk saya mula berubah. Melalui kem ini, saya nampak semuanya.” Demikian komen peserta, Ayuni dari Kolej Politeknik Mara (KPTM) Kedah.

Di akhir program, resolusi oleh saudari Fatin Nabillah selaku Pengarah Program dibentangkan kepada para peserta. Antaranya, peserta dapat mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, melahirkan beliawanis sihat jasmani dan rohani serta cakna isu serangan pemikiran, dan memantapkan ilmu asas agama Islam.

Perkhemahan ini dihadiri seramai 45 orang mahasiswi dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Bangi; UKM, UPM, KUIS, KPTM, German Malaysian Institute (GMI), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Multimedia University (MMU) dan peserta Kem Lepasan Sekolah (KLS) seramai lima orang.

Maisarah Binti Mohd Shahrain

Wartawan PEMBINA Bangi

Related Posts

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Jom Sertai PEMBINA

Artikel terbaru

  • 4 Mac Hilangnya Seorang Wira Islam, Palestin

    TANGGAL 4 Mac 1193 umat Islam telah kehilangan seorang pemerintah, ketua angkatan tentera yang telah melakar sejarah besar buat umat Islam. Salahuddin Al Ayubi nama yang tidak asing bagi umat Islam yang terkenal sebagai Sang Penakluk. Kata-katanya pernah dirakamkan sebagai tunjang kepada kebangkitan semangat umat Islam untuk berjihad. Umurnya mencecah 14 tahun, beliau telah menjadi…

  • Jangan Kau Lupa Peristiwa Hitam 3 Mac 1924!

    Sudah 94 tahun berlalu peristiwa hitam yang memberi luka yang dalam buat umat Islam. Detik bersejarah ini telah merakam pengakhiran bagi sistem khalifah yang sudah berdiri teguh sejah sekian lama. Sultan Abdul Hamid II merupakan khalifah yang kuat menahan empayar Turki yang hendak dirakus oleh dunia Eropah ketika itu telahpun digulingkan. Dalang yang mengkucar-kacirkan Empayar…

  • Budaya Pengasingan Kelas Antara Pelajar: Satu Pandangan

    BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) menyokong hasrat Kementerian Pendidikan untuk menghentikan budaya pengasingan kelas antara pelajar bermula 2019. Presiden Pembina, Eqwan Roslan, bagaimanapun berharap keberkesanan pelaksanaan langkah itu untuk jangka masa panjang juga perlu diberi perhatian. Beliau tidak dinafikan usaha untuk mengelakkan jurang antara murid merupakan salah satu inisiatif yang…

Ini Wilayah PEMBINA

Ikuti Pembinabangi

Anda semua dijemput untuk melawat laman facebook, twitter, flickr dan youtube pembinabangi untuk mengikuti perkembangan terbaru dan lebih lanjut maklumat tentang kami.

isikan alamat emel anda untuk sentiasa mengikuti perkembangan Pembina Bangi